Now Reading
Pelancong Kecewa Bekalan Coklat Bebas Cukai Habis Stok Di Pulau Langkawi

Pelancong Kecewa Bekalan Coklat Bebas Cukai Habis Stok Di Pulau Langkawi

Pulau Langkawi memang sinonim dengan harga coklat import yang lebih murah berbanding di tempat lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kalau ke Pulau Langkawi, tak sah kalau tak borong bekalan coklat sebab harganya agak murah berbanding di pasar raya biasa.

Namun, ada berita buruk kerana kebanyakan kedai yang menjual coklat bebas cukai di pulau ini dilaporkan kehabisan stok.

Berdasarkan laporan Kosmo, stok bekalan coklat sudah habis sejak bulan November tahun lalu.

Beberapa premis perniagaan bebas cukai yang dahulunya mempunyai rak penuh dengan coklat jenama terkenal kini dilihat kosong.

Antara jenama coklat import yang mendapat permintaan tinggi ialah Daim dan Hershey’s Kisses.

Kredit: Cari Destinasi

Pelancong agak kecewa

Beberapa pelancong juga agak kecewa apabila percutian mereka menjadi kurang ‘manis’ apabila kebanyakan kedai kurang bekalan coklat.

Salah seorang pelancong iaitu Saludin Endol berusia 60 tahun dari Kuala Lipis, Pahang memberitahu bahwa percutiannya menjadi kurang sempurna apabila mengetahui coklat import yang ingin dibawa pulang oleh keluarganya sudah kehabisan stok.

Langkawi memang terkenal dengan coklat import yang murah, tetapi beberapa kedai yang saya pergi kebanyakannya kehabisan bekalan. Rasanya percutian kali ini menjadi kurang lengkap kerana saya tidak dapat membeli coklat import untuk dibawa balik.

Saludin Endol.

Ada masalah bekalan

Berdasarkan laporan, bekalan coklat yang tidak mencukupi di pulau bebas cukai itu disebabkan masalah bekalan daripada pembekal di Singapura.

Seorang pekerja memaklumkan bahawa bekalan coklat import yang diterima daripada pembekal agak terhad walaupun jumlah tempahan yang tinggi sebelum ini.

Semuanya bermula apabila pelancong yang sudah lengkap vaksinasi dari seluruh negeri dibenarkan berkunjung ke Pulau Langkawi pada September tahun lalu bersempena dengan Hari Malaysia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd