Now Reading
Jabatan Kerja Raya Sahkan Punca Tanah Runtuh Di Cameron Highland Kerana Hujan Lebat

Jabatan Kerja Raya Sahkan Punca Tanah Runtuh Di Cameron Highland Kerana Hujan Lebat

Pasukan penyelamat mengambil masa hampir 10 jam untuk mengeluarkan mangsa Muhammad Hafiz Hamdi dan Tan Chee Heng.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terbaharu, satu kejadian tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di Cameron Highlands Laluan FT 185 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley semalam (2 Disember).

Kejadian tersebut telah mengakibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori serta Toyota Alphard tertimbus di bawah timbunan tanah.

Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira hampir 10 jam untuk mengeluarkan dua orang mayat mangsa iaitu Muhammad Hafiz Hamdi berusia 31 tahun dan pemandu Toyota Alphard Tan Chee Heng, 36 tahun.

Kredit: Kosmo

Menurut laporan, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan setakat ini hanya dua mangsa yang ditemui dan operasi pencarian masih diteruskan.

Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bomba digunakan kerana dikhuatiri terdapat mangsa lain yang tertimbus dalam runtuhan berkenaan.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Menurut Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak Ir Hamdan Ali, punca kejadian tanah runtuh itu adalah disebabkan oleh kadar penerimaan hujan yang tinggi iaitu sebanyak 217 milimeter sepanjang tempoh dua minggu.

Kredit: Kosmo

Abang risau adik balas mesej lambat

Menurut abang kepada mangsa Muhammad Hafiz Hamdi, dia sudah mengetahui tentang kejadian tanah runtuh itu dan berkongsi berita tersebut di dalam group Whatsapp keluarga.

Biasanya apabila saya kongsikan maklumat, adik saya akan beri maklum balas serta memberitahu lokasi kejadian. Namun kali ini, dia diam sahaja.

Abang mangsa, Mohamad Kamal Hamdi.

Disebabkan tiada reaksi daripada adik lelakinya itu, dia segera menghubunginya beberapa kali tetapi gagal.

Kredit: Kosmo

Namun, kebimbangan terjawab apabila rakan sekerja mangsa memaklumkan bahawa adiknya terlibat dalam tragedi tanah runtuh berkenaan.

Adik saya memang setiap hari ulang-alik Cameron Highlands naik lori untuk mengambil stok sayur.

Abang mangsa, Mohamad Kamal Hamdi.

Mohamad Kamal turut memberitahu jenazah mangsa akan dikebumikan di kampung halaman di Parit Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd