Now Reading
Taco Bell Buka Cawangan Kedua Di Cheras. Team TRP Dah Pergi & Cuba!

Taco Bell Buka Cawangan Kedua Di Cheras. Team TRP Dah Pergi & Cuba!

Lokasi cawangan kedua Taco Bell ini terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Heads up, Taco lovers!

Jika sebelum ini, restoran makanan segera dari Amerika Syarikat (AS) – Taco Bell telahpun membuka rangkaian pertamanya di Malaysia iaitu di Cyberjaya pada bulan Mac lalu.

Pengendali Francais Taco Bell Malaysia, Harris Beh berkata pembukaan pertama Taco Bell itu bakal menjadi penanda aras jenama itu di Malaysia.

Menu yang diilhamkan dari makanan Mexico di Taco Bell adalah yang terbaik di dunia dalam rantaian restoran. Kami percaya keunikan ini akan digemari oleh pelanggan Malaysia kerana ia bukan hanya unik dan lazat tetapi juga sangat seimbang.

Pengendali Francais Taco Bell Malaysia, Harris Beh.
Kredit: Tacobell/Twitter

BACA SINI: [Review] Ring-A-Ding-Ding! We Try Out Malaysia’s First Ever Taco Bell In Cyberjaya

#TACO4LYFE!

Taco Bell di Cheras!

Bertempat di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Taco Bell kini membuka tirai cawangan kedua di Malaysia untuk penggemar makanan mexico ini.

Cawangan baru mereka ini direka khas buat mereka yang inginkan sedikit privasi, malah ada juga beberapa sudut ‘instagramable’ disediakan di sana.

Kalau nak tangkap gambar makanan berlatarbelakangkan lampu-lampu dan background cantik, bolehlah. 😉

Team TRP telah dijemput untuk hadir sebagai antara beberapa orang yang pertama dine-in di restoran baru Taco Bell ini.

Taco Bell juga tidak melepaskan peluang menghidangkan menu best-sellers mereka untuk setiap media yang hadir.

Antara menu-menu yang kami ‘pelahap’ semalam adalah:

  • Loaded Nachos.
  • Taco Supreme (beef).
  • Crunchwrap Supreme.
  • Kickin’ Chicken Tacos.
Ini Loaded Nachos. Tapi sepatutnya kena share 2-3 orang. Kalau sorang memang takkan habis.
(Kredit: Murni Azman/TRP)
Taco Supreme ni memang mervelous! Tapi comot sikit kalau makan ya, elakkan pakai baju putih.
(Kredit: Murni Azman/TRP)

Pemanis mulut pun ada iaitu Cinnamon Twists. Not bad.

Setiap hidangan ini juga didatangi dengan dipping sos, anda boleh pilih yang mana anda suka.

  • Pico de Gallo Salsa.
  • Nacho Cheese.
  • Sour Cream.
  • Avocado Guacamole.
  • Kickin’ Sauce.
  • Sambal. (ini paling lejen)

VERDICT: Best. Ever. Servis memang terbaik dari kesemua kru Taco Bell. Walaupun tak cuba kesemua menu, empat menu ini pun dah buat kami kekenyangan satu malam.

Paling best, kru Taco Bell siap bagi free Tacos untuk editor kami yang berada di rumah. 😀
[Nota editor: Makan bungkus pun sedap. Thanks, guys.]

Jom serbu Taco Bell Cheras!

Barisan media yang hadir di Taco Bell, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
(Kredit: Murni Azman/TRP)
  • Alamat : NO. 55-G & 55-1, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia

Jangan lupa bawa kawan-kawan dan ahli keluarga untuk merasai sendiri pengalaman berada di cawangan Taco Bell terbaharu ini.

PRO TIP: Order semua menu dan kongsi. Baru lebih puas! 😀

Sekian, perkongsian dari team TRP.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd