Now Reading
[Gambar] Wanita Ini Dedah Keadaan Sebenar Di Langkawi. Indah Khabar Dari Rupa!

[Gambar] Wanita Ini Dedah Keadaan Sebenar Di Langkawi. Indah Khabar Dari Rupa!

Wanita itu juga menyeru orang ramai untuk belajar hidup dalam keadaan norma baharu bersama virus Covid-19 ini. Yang penting, SOP perlu dijaga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada 16 September lalu rakyat Malaysia telah dibenarkan untuk bercuti di bawah program perintis pelancongan ‘travel bubble’ untuk ke Langkawi.

Kerajaan mengumumkan kebenaran kepada pengunjung domestik dari seluruh negara untuk mengunjungi Langkawi, kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Walau bagaimanapun, ianya terhad kepada individu yang sudah lengkap vaksin Covid-19 sahaja.

BACA JUGA: Viral Langkawi Garbage Patch Caused By ‘Illegal’ Settlement & Other Countries, Says Island Municipal Council

Untuk rekod, para pelancong yang berhajat untuk mengunjungi pulau tersebut hendaklah menjalani ujian Covid-19 dalam jangkamasa 48 jam sebelum berlepas.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan kesemua pelancong berumur tujuh tahun ke atas wajib menjalani ujian Covid-19 untuk berlepas ke Pulau Langkawi.

BACA JUGA: 5 Orang Yang Nak Ke Langkawi Dikesan Positif Covid. Nasib Baik Buat Test!

#KitaJagaKita guys.

Langkawi, indah khabar dari rupa

Namun begitu, baru-baru ini seorang pengguna Facebook Zietie Shadean telah memuat naik satu posting menunjukkan keadaan Langkawi yang disifatkan sebagai “Indah khabar dari rupa”.

Posting tersebut merujuk kepada komen-komen warganet yang mengatakan Langkawi semakin sesak, penuh dengan manusia yang ingin bercuti dan sebagainya.

Oleh itu, wanita ini tampil memberikan gambaran sebenar tentang Langkawi pada ketika ini.

Kosong rupanya.

Menurutnya lagi, sepanjang dia berada di sana, banyak tempat yang sunyi dan kosong – berbeza dengan apa yang ditularkan di media sosial sehinggakan perkara itu membuatkan peniaga-peniaga di sana terkesan dengan berita tersebut.

Sepanjang saya kat sana, banyak tempat yg saya pergi semua sunyi. Kosong je, lain sgt dgn apa yg di war2 kan di media social tu. Start dr airport, kedai makan, jeti, tepi pantai & tempat membeli belah, semua sepi. Nak balik pun sama, airport sunyi, seat atas flight pun banyak yg kosong. So, Alhamdulillah saya rasa selamat & xde la risau sgt spt apa yg duk share.

Pengguna Facebook Zietie Shadean.

Wanita itu juga menyeru orang ramai untuk belajar hidup dalam keadaan norma baharu ini dan menjadi United Kingdom sebagai contoh di mana stadium dan restoran di sana juga telah dibuka.

Yg penting kena pandai bawa diri, jaga diri, jaga SOP, mask kena selalu pakai, sanitizer WAJIB bawa, balik hotel terus tukar baju mandi. Tak kira mana2 tempat sekali pun, sentiasa alert n jaga kebersihan diri sendiri.

Pengguna Facebook Zietie Shadean.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd