Now Reading
5 Orang Yang Nak Ke Langkawi Dikesan Positif Covid. Nasib Baik Buat Test!

5 Orang Yang Nak Ke Langkawi Dikesan Positif Covid. Nasib Baik Buat Test!

Untuk rekod, para pelancong yang berhajat untuk mengunjungi pulau tersebut hendaklah menjalani ujian Covid-19 dalam jangkamasa 48 jam sebelum berlepas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, kesemua pelancong berumur tujuh tahun ke atas wajib menjalani ujian Covid-19 untuk berlepas ke Pulau Langkawi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan menyatakan bahawa para pelancong yang berhajat untuk mengunjungi pulau tersebut hendaklah menjalani ujian Covid-19 dalam jangkamasa 48 jam sebelum berlepas.

BACA SINI: Nak Pergi Langkawi? Dah Buat COVID Test Belum?

Saringan akan dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri menuju ke Pulau Langkawi dan hanya pelancong yang mempunyai hasil ujian negatif akan dibenarkan berlepas.

5 individu positif Covid-19

Kredit: Hari Anggara/KE Ooi melalui Malay Mail

Memetik laporan Harian Metro, lima kes positif dikesan hasil saringan Covid-19 terhadap individu mahu berlepas menerusi pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi, semalam (16 September 2021).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 2,546 individu disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi.

Jumlah itu melibatkan 1,250 individu disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 individu melalui feri di Kuala Perlis.

Menurutnya, seramai 2,528 individu menjalani ujian RTK-Ag (kendiri) dan lima kes positif Covid-19 dikesan.

Manakala enam individu menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang dan semua keputusan adalah negatif.

Berbakikan 12 kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian Covid-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing.

Dr Noor Hisham menjelaskan lima kes dikesan positif adalah kategori satu iaitu tidak bergejala dan diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau selepas pulang dari Pulau Langkawi, segera dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan Covid-19. Jika masyarakat mengambil mudah kelonggaran diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan menjadi lebih teruk.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd