Now Reading
Kes Polis Berpesta Liar, Ketua Balai Positif Ganja Telah Digantung Kerja

Kes Polis Berpesta Liar, Ketua Balai Positif Ganja Telah Digantung Kerja

Serbuan dilakukan ketika kesemua mereka dikatakan sedang berhibur dalam bilik khas di balai polis yang diketuainya dalam daerah Kajang.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 20 Julai yang lalu satu kejadian di mana seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya, serta empat wanita orang awam ditahan hasil serbuan Bukit Aman.

Serbuan dilakukan ketika kesemua mereka dikatakan sedang berhibur dalam bilik khas di balai polis yang diketuainya dalam daerah Kajang.

BACA SINI: Ketua Balai, 3 Anggota PDRM & 4 Individu Ditangkap Dalam Serbuan Pesta Liar

Selepas serbuan dan pemeriksaan dilakukan, OCS berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun.

Pihak polis turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan satu unit TV.

Bukan setakat itu sahaja, polis turut merampas lima botol mengandungi air ketum dan gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita.

Ketua Balai disahkan positif dadah

Kredit: Mapio.net

Ketua balai polis berpangkat Sub-Inspektor yang ditangkap dalam serbuan di sebuah balai di daerah Kajang disahkan positif dadah jenis ganja.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata pegawai berkenaan digantung kerja mulai hari ini (22 Julai).

Pegawai itu turut direman selama dua hari bagi membantu siasatan manakala tujuh yang lain dibebaskan dengan jaminan polis.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad melalui Sinar Harian.

Menurutnya lagi, keputusan itu diperoleh selepas kesemua lapan individu yang ditahan menjalani ujian saringan air kencing.

Siasatan akan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang terhadap kesalahan penggunaan dadah dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) manakala pihak JIPS menjalankan siasatan selari dengan tatatertib.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nine + two =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd