Now Reading
Ketua Balai, 3 Anggota PDRM & 4 Individu Ditangkap Dalam Serbuan Pesta Liar

Ketua Balai, 3 Anggota PDRM & 4 Individu Ditangkap Dalam Serbuan Pesta Liar

Anggota polis dan wanita yang ditahan sedang menari dan berkaraoke di dalam bilik gelap yang dipasang lampu berputar bagaikan berada di dalam disko.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (20 Julai), satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku telah terjadi apabila seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya, serta empat wanita orang awam ditahan hasil serbuan Bukit Aman.

Mereka dikatakan sedang berhibur dalam bilik khas di balai polis yang diketuainya dalam daerah Kajang.

Menurut laporan Berita Harian, serbuan dijalankan pasukan daripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada jam 6 petang semalam sebaik menerima maklumat dari orang awam.

Menari, berhibur dengan minuman keras

Ketika serbuan dijalankan, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua balai tersebut.

Anggota polis dan wanita yang ditahan sedang menari dan berkaraoke di dalam bilik gelap yang dipasang lampu berputar bagaikan berada di dalam disko.

OCS berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan ditahan

Selepas serbuan dan pemeriksaan dilakukan, OCS berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun.

Pihak polis turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan satu unit TV.

Bukan setakat itu sahaja, polis turut merampas lima botol mengandungi air ketum dan gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita.

PDRM tidak akan berkompromi

Kredit: Malay Mail

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad mengesahkan kejadian terbabit.

Tindakan pegawai, anggota dan orang awam terbabit yang berhibur di sebuah bilik di balai berkenaan dengan berkaraoke adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19. Tangkapan dijalankan oleh pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman selepas mendapati tindakan itu jelas melanggar SOP. Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad melalui Berita Harian.

Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd