Now Reading
Patung “Kerajaan Pembunuh” Dilihat Di Highway Bandar Melaka

Patung “Kerajaan Pembunuh” Dilihat Di Highway Bandar Melaka

Tengok gambar pun dah seram.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tidak dinafikan, kehidupan rakyat Malaysia kini semakin sukar akibat penularan pandemik Covid-19 yang masih belum menampakkan tanda berakhir.

Pandemik Covid-19 ini juga telah memberikan impak yang besar kepada pelbagai sektor; ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan banyak lagi.

Malah, sehingga kini – ada di antara rakyat yang mula menunjukkan protes.

Baru-baru ini, satu boneka telah dilihat digantung pada jambatan di lebuh raya Bandar Melaka dengan tulisan “KERAJAAN PEMBUNUH” tertulis pada badan boneka tersebut.

MalaysiaKini melaporkan bahawa patung tersebut ditemui orang awam di jejambat Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh, tidak jauh daripada Seri Negeri, bangunan pentadbiran kerajaan.

Ada juga warganet menganggap bahawa perkara tersebut bersifat kurang ajar dan sama sekali tidak normal.

Warganet beri pandangan berbeza

Gambar tersebut telah menarik perhatian segelintir netizen tetapi ada yang memberi kritikan dengan mengatakan bahawa walaupun rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan apa yang sedang berlaku, ini bukan cara yang sepatutnya kita lakukan, jelas mereka.

Laporan telah dibuat kepada pihak polis mengenai kejadian itu, sekaligus mengalih patung tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2 × two =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd