Now Reading
Dua Pelajar UiTM Meninggal Dunia Selepas Sakit Kepala Teruk

Dua Pelajar UiTM Meninggal Dunia Selepas Sakit Kepala Teruk

Kedua-dua mangsa dikatakan mengalami pendarahan di bahagian kepala.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada Jumaat lalu (9 Julai), seorang pelajar UiTM telah dilaporkan tidak sedarkan diri kira-kira jam 4 pagi di rumah sewanya di Merbok, Kedah sehingga menyebabkan kematian.

Kejadian yang menimpa pelajar semester ketiga itu telah mula tular di media sosial.

Melalui posting di laman twitter, orang ramai menyatakan bahawa pelajar tersebut telah meninggal dunia akibat stress terlampau dan tidak cukup tidur.

Menurut laporan, mangsa dikatakan mengalami sakit kepala dan sempat mengejutkan rakan serumah sebaik dia terjaga dari tidur pada jam 3 pagi.

Mangsa juga dikatakan mengalami muntah dan sawan sebelum tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menggunakan ambulans.

Pendarahan otak

Siasatan lanjut dibuat di hospital berkenaan dan menurut imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang dilakukan menunjukkan terdapat pendarahan di bahagian otak.

Mangsa setelah itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.50 petang Jumaat (9 Julai).

Mangsa; Nurul Natasya Ezreen Azemi, 22, merupakan pelajar UiTM Cawangan Kedah jurusan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.

Satu lagi kes kematian pelajar UiTM Cawangan Jengka, Pahang

Selang sehari selepas kematian pelajar wanita di UiTM Kedah, satu lagi kes serupa dilaporkan di mana melibatkan pelajar lelaki di UiTM Jengka, Pahang yang dikatakan telah meninggal dunia akibat sakit kepala melampau.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, kejadian berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Adham Hazim Mohd Rizaini, 21, jurusan Diploma Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam telah mengadu sakit kepala dan merangkak ke bilik ibu bapanya.

Bapanya Mohd Rizaini Ghazali, 51, berkata dia terdengar rintihan anaknya yang mesra digelar Abang Ngah sekitar jam 5 pagi pada Sabtu (10 Julai).

Saya dan isteri terdengar dia minta tolong dalam keadaan merangkak ke bilik sambil beritahu kepala dia sakit sangat dan minta dibawa ke hospital.

Mohd Rizaini Ghazali, bapa mangsa.

Dia setelah itu segera membawa anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebelum disahkan meninggal dunia jam 10.52 malam (Sabtu) ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Muhammad Adham Hazim yang dirakam bersama ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu.
Kredit: Sinar Harian

Pendarahan akibat dua urat terputus di kepala

Hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) terhadap mangsa menunjukkan berlaku pendarahan akibat dua urat yang terputus di bahagian atas dan belakang kepala.

Mohd Rizaini turut menjelaskan bahawa dia dan isteri, Ros Fazilah Salleh, 46, masih terkejut dengan pemergian anak keduanya itu secara tiba-tiba kerana tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Katanya, anaknya itu ada mengadu sakit kepala sejak Jumaat dan keluar ke kedai untuk mendapatkan Panadol.

Saya perasan dia sering tidur lewat malam sejak kebelakangan ini tambahan pula dia akan menduduki peperiksaan akhir semester dua minggu lagi. Walau apa pun yang berlaku, ajal maut urusan Allah SWT. Pada saya, sayang macam mana sekalipun kita terhadap anak, tidak dapat tandingi kasih sayang Allah SWT terhadap mereka. Apabila sudah sampai masa dia akan pergi.

Mohd Rizaini Ghazali, bapa mangsa.

Menurut Rizaini, arwah anaknya juga dikatakan ada menjalankan perniagaan secara dalam talian sekadar sampingan untuk mengisi masa terluang.


Pihak TRP mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua pelajar UiTM yang meninggal dunia. Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian yang diberikan ini.


Pihak UiTM beri kenyataan dan ucap takziah

Susulan dua kes kematian yang dilaporkan melibatkan dua orang pelajar dari cawangan UiTM yang berbeza iaitu Pahang dan Kedah – pihak UiTM tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan kenyataan dan ucapan takziah.

Kenyataan media tersebut telah dimuat naik melalui page Facebook Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi semalam, 12 Julai, pada jam 10:29 pagi.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

four × four =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd