Now Reading
Apa Yang Kami Tahu (Setakat Ini) Tentang Trak Vaksin Bergerak Di Malaysia

Apa Yang Kami Tahu (Setakat Ini) Tentang Trak Vaksin Bergerak Di Malaysia

Program ini merupakan antara tujuh Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 untuk memastikan 80 peratus warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selesai divaksinasikan pada penghujung Ogos ini.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata sebanyak 40 Trak Vaksin Bergerak yang memenuhi kriteria sebagai klinik bergerak akan ke kawasan sasar termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Awam (PA) dan kampung tradisi. Unit Trak Vaksin Bergerak yang pertama telah dilihat pada hari Isnin (7 Jun) lalu.

Program ini memberi akses lebih pantas dan hari ini seramai 1,000 orang penduduk PPR Kampung Muhibbah. Ia adalah kerjasama strategik Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Mock-up MYMedic@Wilayah Trak Vaksin Bergerak
(Kredit: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa/Twitter)

Trak Vaksin Bergerak: Unit siapa & di mana

Kerajaan berhasrat untuk memberikan fokus Trak Vaksin Bergerak ini ke kawasan di mana rakyat mungkin mengalami kesukaran untuk pergi ke pusat imunisasi seperti di kawasan PPR dan tapak pembinaan yang masih beroperasi selama total lockdown.

Dalam ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu mengatakan bahawa pusat vaksinasi bergerak adalah untuk kemudahan rakyat yang tinggal di kampung, Orang Asli, Orang Kurang Upaya (OKU), orang tua, dan lain-lain.

Malah, 9 buah negeri telah mengaktifkan unit vaksinasi bergerak iaitu:
– Tenom dan Kinabatangan di Sabah
– Pasir Putih dan Gua Musang di Kelantan
– Kuala Kangsar dan Hilir Perak di Perak

Di Pulau Pinang, kerajaan melancarkan perkhidmatan vaksinasi bergerak ke 8 pusat asuhan kanak-kanak setiap hari. Manakala, Selangor mempunyai pusat vaksinasi bergerak di setiap daerah.

Trak vaksinasi untuk memberi vaksin kepada 400,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur di kawasan industri dan lokasi majikan mempunyai ramai pekerja. Laporan yang dikeluarkan oleh The Edge menyatakan bahawa setiap trak mampu memberikan 100 dos.

Keperluan Trak Vaksin Bergerak ini adalah ketika Malaysia berada di bawah perintah total lockdown untuk memerangi penularan virus pandemik Covid-19 dengan larangan perjalanan antara negeri kecuali aktiviti-aktiviti ekonomi yang penting dan dibenarkan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

19 − 16 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd