Now Reading
Mayat Suami Isteri Warga Emas Dijumpai Bersama Di Ruang Tamu Oleh Anak, Si Ibu Positif Covid

Mayat Suami Isteri Warga Emas Dijumpai Bersama Di Ruang Tamu Oleh Anak, Si Ibu Positif Covid

Siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah menyebabkan kematian pasangan itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam, 7 Jun 2021, satu kes menyayat hati telah dilaporkan di Pasir Gudang, Johor di mana pasangan suami isteri warga emas telah ditemui meninggal dunia di ruang tamu kediaman mereka di Taman Kota Masai.

Lebih menyedihkan, pasangan tersebut dikatakan tidak mempunyai anak kandung dan mayat kedua-duanya ditemui oleh anak angkat mereka yang berusia 19 tahun.

Remaja 19 tahun tersebut dikatakan menemui ayah dan ibu angkatnya di rumah mereka selepas panggilan telefonnya tidak berjawab lalu bergegas ke kediaman mereka.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata wanita berusia 61 tahun itu disahkan positif Covid-19 manakala suaminya yang berusia 68 tahun pula dipercayai mengalami beberapa komplikasi kesihatan.

Sudah seminggu tidak kelihatan keluar rumah

Jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Esah, ketika ditemui oleh Berita Harian memaklumkan dia diberitahu oleh anak angkat pasangan itu bahawa suami isteri terbabit sudah meninggal dunia.

Anak angkat jiran saya nangis teresak-esak menyatakan kedua-dua ibu bapa angkatnya sudah tiada. Kali terakhir saya bertemu dengan pasangan itu pada minggu lalu dan beberapa hari lalu (saya) ada terserempak dengan anak angkatnya itu dan menyapanya serta bertanya khabar ibu bapa angkatnya. Mereka pernah beritahu ada sakit kencing manis dan darah tinggi dan hanya jiran perempuan yang sering keluar rumah untuk membeli barang dapur, manakala suaminya hanya di rumah.

Jiran mangsa, Esah.

Dia turut menambah bahawa sejak minggu lalu memang tidak kelihatan pasangan ini keluar dan dia menjangkakan pasangan itu tidak mahu keluar rumah kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan ini dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam

Kredit: Berita Harian

Kaunter aduan Balai Polis Scientex telah menerima maklumat kematian pasangan berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari dan hasil siasatan mendapati kedua-dua pasangan itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.

Si suami dipercayai mempunyai penyakit kronik termasuk sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, kematiannya berpunca daripada sejarah penyakit yang dihidapinya itu. Isterinya pula mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, turut disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan dijalankan selepas kematiannya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

Kedua-dua mayat mereka berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah menyebabkan kematian pasangan itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).


BACA JUGA: Kes Brought In Dead (BID) Kian Meningkat – Ini 3 Cara Perkara Ini Boleh Terjadi


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

three + eighteen =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd