Now Reading
SOP Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dikemaskini Pada 11 Mei 2021 Oleh MKN

SOP Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dikemaskini Pada 11 Mei 2021 Oleh MKN

Kesimpulannya tiada jamuan Hari Raya, kunjung-mengunjung rumah ke rumah atau tanah perkuburan, dan juga rumah terbuka.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Nota:

SOP ini merangkumi

  • Semua masjid, surau dan kawasan yang diisytiharkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).
  • Pelaksanaan di Wilayah Persekutuan dan rujukan pelaksanaan di negeri lain.

Aktiviti Yang TIDAK Dibenarkan

  • Sila rujuk perkara yang disenaraikan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang dalam SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Arahan Tetap

  • Peraturan 16 PUA 225/2021.
  • Akta 342.
  • Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
  • Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh MKN, KKM, PBT dan pihak berkuasa agama negeri.
  • Lain-lain arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Waktu Operasi

  • Waktu bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan

Jumlah Jemaah atau Peserta Yang Dibenarkan

  • Bersesuaian mengikut ketetapan dalam SOP ini dan pihak berkuasa agama negeri dengan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP.

AKTIVITI DAN PROTOKOL

SOLAT SUNAT AIDILFITRI DAN TAKBIR HARI RAYA

Takbir Hari Raya

• Takbir Hari Raya di masjid atau surau DIBENARKAN untuk ahli jawatankuasa masjid atau surau sahaja.

• Aktiviti takbir dari rumah ke rumah TIDAK DIBENARKAN.

Solat Sunat Hari Raya

  • DIBENARKAN di masjid atau surau dengan jumlah jemaah mengikut ketetapan berikut: 

a) Masjid berkapasiti melebihi 1,000 orang: Had maksima 50 orang jemaah
b) Masjid berkapasiti kurang dari 1,000 orang: Had maksima 20 orang jemaah 

  • Masjid atau surau yang disenaraikan dalam senarai Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) hendaklah mengambil tindakan intervensi iaitu melaksanakan sanitasi premis, meningkatkan kawalan dan pemantauan pematuhan jemaah serta melaksanakan penutupan premis jika diarahkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah selepas penilaian risiko dijalankan.

Jamuan Selepas Solat Sunat Hari Raya

  • TIDAK DIBENARKAN.

AKTIVITI SAMBUTAN HARI RAYA

Program Ziarah Hari Raya

  • TIDAK DIBENARKAN.

Ziarah Tanah Perkuburan

  • TIDAK DIBENARKAN.

Rumah Terbuka atau Majlis Jamuan Hari Raya

  • TIDAK DIBENARKAN.

Kawalan Penularan dan Jangkitan

  • Mengadakan kaunter di pintu masuk masjid atau surau bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah.
    Pintu masuk hendaklah dihadkan bilangannya bagi memudahkan kawalan.
  • Menambah bilangan pintu keluar bagi mengurangkan kesesakan penyuraian keluar jemaah.
  • Kerap melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk.
  • Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa.
  • Individu yang mempunyai suhu melebihi 37.5 C sebagai demam atau bergejala tidak dibenarkan memasuki masjid atau surau dan perlu mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

Kawalan dan Pengesanan

  • Jawatankuasa masjid atau surau hendaklah mempunyai petugas yang mencukupi bagi membantu kawalan jemaah.
    Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas. Penggunaan buku pendaftaran kehadiran jemaah hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet atau lain-lain alasan yang munasabah (warga emas, ketiadaan telefon pintar dan lain-lain).
  • Jawatankuasa masjid atau surau perlu memastikan hanya jemaah dengan status low risk dalam MySejahtera, sahaja yang dibenarkan masuk ke masjid atau surau.

Pengurusan Jemaah

  • Masjid atau surau hendaklah mewujudkan pasukan petugas untuk mengawal jemaah yang hadir ke masjid atau surau.

Etika Jemaah

  • Elakkan 3S: iaitu elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dekat.
    Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan (wash), WAJIB memakai pelitup muka (wear), dan patuhi amaran KKM (warn).
  • Hendaklah mengambil wuduk di rumah, namun dibenarkan memperbaharuinya di masjid atau surau.
  • Hendaklah membawa sejadah sendiri.
  • Elakkan aktiviti bersalaman dan bersentuhan sesama yang hadir.
  • Hendaklah masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan
  • teratur serta menjaga penjarakan yang terkawal.
  • Hendaklah bersurai dalam keadaan tenang. 

Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd