Now Reading
SOP AM Sektor Sukan & Rekreasi Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)

SOP AM Sektor Sukan & Rekreasi Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)

Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan secara berkumpulan atau melibatkan sentuhan fizikal adalah DILARANG.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Tidak dinafikan, setelah pihak kerajaan memutuskan untuk menggantung sementara sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan PKP, keputusan itu secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi masyarakat apabila aktiviti riadah seperti bersenam, joging dan berbasikal bersendirian tidak dibenarkan.

Oleh itu, pihak MKN telah mengeluarkan SOP Am untuk Sektor Sukan dan Rekreasi sepanjang PKP 3.0 dijalankan iaitu bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021.


SOP Ini Merangkumi:

Sukan

  • Aktiviti sukan yang dijalankan bagi tujuan riadah, kecergasan dan rekreasi.
  • Aktiviti sukan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997 dan yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Operasi dan Pentadbiran Organisasi Berkaitan Sukan:

Protokol Sukan / Rekreasi

  • Protokol Am Individu.
  • Protokol Am Penganjuran Kejohanan/ Pertandingan dengan Kebenaran KBS dan MFL.

Aktiviti yang TIDAK DIBENARKAN

  • Semua aktiviti sukan & rekreasi di kawasan PKPD.
  • Sila rujuk perkara yang disenaraikan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang.

Arahan Tetap

  • Peraturan 16 PUA 225/2021.
  • Akta 342
  • Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
  • Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.
  • Arahan, peraturan dan SOP di bawah Kementerian / Jabatan / Agensi.
  • Lain-lain arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Aktiviti Sukan / Rekreasi Yang DIBENARKAN

  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal TERHAD kepada joging, berbasikal dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan atau mana-mana kawasan dalam daerah yang sama tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
  • Penganjuran kejohanan atau pertandingan atau perlawanan persahabatan tempatan dan antarabangsa mengikut model GELEMBUNG SUKAN adalah TERHAD bagi penganjuran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan mana-mana dengan kebenaran KHAS KBS sahaja TANPA kehadiran penonton.
  • Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) menggunakan konsep Camp Based Training.
  • Program latihan berpusat secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam MFL menggunakan model GELEMBUNG SUKAN (Camp Based Training).
  • Penyertaan pemain atau peserta atau pegawai atau teknikal Malaysia ke kejohanan atau pertandingan atau perlawanan di luar negara DENGAN sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Kredit: Astro Awani

Aktiviti Sukan / Rekreasi Yang DILARANG

  • Semua aktiviti sukan dan rekreasi SELAIN daripada yang disenaraikan.
  • Pengoperasian SEMUA fasiliti atau premis sukan dan rekreasi KECUALI taman-taman awam yang tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan secara berkumpulan atau melibatkan sentuhan fizikal.
  • Penganjuran kejohanan atau pertandingan atau perlawanan persahabatan TANPA kebenaran khas KBS.
  • KEHADIRAN penonton atau penyokong ke stadium atau venue sukan dan rekreasi.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa KECUALI mendapat kebenaran PDRM.
  • Aktiviti massa yang menyukarkan penjarakan fizikal seperti fun run, fun ride, marathon, triathlon dan sebagainya.
  • Penyertaan pemain atau peserta atau pegawai atau teknikal Malaysia ke kejohanan atau pertandingan atau perlawanan di luar negara TANPA sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Protokol AM Individu

  1. Pastikan aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan adalah DIBENARKAN tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
  2. Pastikan muat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk pengesanan kontak rapat (contact tracing). Sila daftar secara check-in atau pendaftaran secara manual bagi kawasan yang tidak mempunyai capaian internet.
  3. Pastikan aktiviti sukan dan rekreasi dilakukan di kawasan yang mematuhi SOP yang diluluskanMKN.
  4. Pastikan pemakaian pelitup muka sebelum dan selepas aktiviti dilakukan.
  5. Pastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter ketika berada di premis atau tempat latihan atau tempat pertandingan.
  6. DILARANG berkongsi air minuman, makanan, pakaian, tuala muka dan peralatan peribadi.
  7. Pastikan langkah-langkah kebersihan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti dipatuhi.
  8. Dilarang meludah sembarangan dan merata-rata.
  9. Pastikan kebersihan diri dan pakaian yang bersesuaian digunakan sepanjang melakukan aktiviti.
  10. Pastikan tiada sentuhan fizikal sepanjang melakukan aktiviti sukan dan rekreasi.
  11. Pastikan meninggalkan premis atau tempat latihan atau tempat pertandingan secepat mungkin selepas melakukan aktiviti sukan dan rekreasi.
  12. Aktivitiyangmelibatkan kanak-kanakberumur12 tahundankebawah, golongan kelainan upaya (OKU), berkeperluan khas dan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas adalah tidak digalakkan.
  13. Kontak rapat pesakit positif, Patient-Under-Surveilance (PUS) atau Patient-Under- Investigation (PUI) dan individu yang mempunyai gejala (seperti selsema, batuk, sakit tekak, demam, sakit kepala dan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius) adalah DILARANG untuk menyertai aktiviti sukan dan rekreasi.

Protokol AM Penganjuran Kejohanan / Pertandingan Dengan Kebenaran Khas KBS dan MFL

  1. Pastikan mendapat kebenaran PDRM bagi tujuan pergerakan keluar daripada kawasan arahan kawalan pergerakan.
  2. Semua pemain atau peserta perlu menjalani ujian RTK Antigen dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh kejohanan atau pertandingan melibatkan sukan bersentuhan fizikal dan sukan tempur (disiplin bersentuhan fizikal). Jurulatih atau pegawai atau teknikal yang berkemungkinan berdekatan dan bersentuhan dengan pemain atau peserta juga digalakkan menjalani ujian RTK Antigen. Bagi penganjuran kejohanan atau pertandingan secara liga mingguan, semua pemain atau peserta perlu menjalani ujian RTK Antigen sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh seminggu sepanjang berlangsungnya musim dan kekal dalam gelembung terkawal. Individu dengan keputusan negatif dibenarkan mengambil bahagian dan yang berkeputusan positif perlu dirujuk ke KKM.
  3. Pastikanpenginapanyangkhususdanterkawaldidalamgelembung.
  4. Mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi pengangkutan khusus seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, kebersihan dan sebagainya.
  5. PastikansetiapindividumendaftarmenggunakanImbasanQR(QRCode)aplikasi MySejahtera yang dipaparkan di premis atau tempat latihan atau tempat pertandingan melalui telefon bimbit masing-masing.
  6. Pastikan pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala dilakukan di setiap pintu masuk premis atau tempat latihan atau tempat pertandingan. Seterusnya, pemeriksaan status MySejahtera perlu dilakukan di mana individu yang berstatus “Low Risk” sahaja dibenarkan masuk dan mengambil bahagian. Individu yang mempunyai suhu melebihi 37.5° darjah celcius dan/ atau bergejala DILARANG mengambil bahagian dan memasuki premis atau tempat latihan atau tempat pertandingan.
  7. Pastikan mempunyai kawalan penyeliaan sepanjang tempoh kejohanan dilaksanakan.
  8. Pembersihan dan nyahkuman premis atau tempat latihan atau tempat pertandingan dilakukan mengikut kekerapan penggunaan.
  9. Pastikan tangan dibersihkan dengan pencuci tangan atau hand sanitizer yang disediakan sebelum dan sepanjang berada di premis atau tempat pertandingan secara kerap.
  10. 10.Pastikan peralatan yang digunakan dibersihkan, dinyahkuman dan disanitasi selepas penggunaan.
  11. 11. Digalakkan penyediaan makanan dan minuman menggunakan bahan biodegradable (pakai-buang).
  12. Kaedah penyampaian maklumat atau arahan adalah digalakkan dilakukan secara lisan tanpa melibatkan sentuhan fizikal (anggota badan).
  13. Pastikan tiada kehadiran penonton atau penyokong.
  14. Pastikan majlis penyampaian hadiah tanpa sentuhan fizikal.
  15. Pastikan memberi kerjasama kepada pemantauan yang akan dilakukan oleh KBS termasuklah ‘Rakan Muda Sports Bubble Volunteers’ pada bila-bila masa.
  16. Pihak Berkuasa yang berkaitan berhak membuat pemantauan pada bila-bila masa dan mengambil tindakan atau denda (mengikut akta atau undang-undang berkaitan) kepada penganjur jika berlaku ketidakpatuhan.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3 × five =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd