Now Reading
Peniaga Bazar Ramadan Beralih Ke Digital Dengan Lazada Untuk Terus Cari Rezeki Waktu PKP 3.0

Peniaga Bazar Ramadan Beralih Ke Digital Dengan Lazada Untuk Terus Cari Rezeki Waktu PKP 3.0

Lazat Bazaar menawarkan khidmat penghantaran pada hari sama untuk hidangan panas yang dipesan oleh pelanggan Lazada.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Sepanjang bulan Ramadan, sementara negara masih terus berjuang untuk menentang COVID-19, beratus ribu rakyat Malaysia meneruskan tradisi secara maya dengan mengunjungi bazar menerusi Lazat Bazaar, pesta makanan dalam talian di Lazada.

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), peruncit, dan pengusaha gerai bazar tempatan, yang telah berhijrah ke dalam talian tanpa sebarang kos melalui pakej rangsangan Pintar Niaga Lazada, kini mampu mengekalkan perniagaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada penghujung bulan Ramadan ini dan menjelang Hari Raya.

Kredit: Malay Mail

“Dalam situasi pandemik ini, peniaga bazar Ramadan bimbang tentang kesinambungan perniagaan dan menghadapi cabaran untuk menghabiskan stok. Kami bersedia untuk memperkasakan PMKS tempatan dengan sokongan, peralatan, latihan, dan platform yang diperlukan untuk untuk menghadapi masa depan menerusi pendigitalan.

“Pakej rangsangan Pintar Niaga bukan sahaja membantu perniagaan dan usahawan tempatan dengan merobohkan segala halangan untuk berurus niaga dalam talian, malah juga membolehkan mereka untuk berkembang maju dengan kemudahan teknologi dan rangkaian logistik Lazada yang luas,” kata Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia.

Lazat Bazaar menawarkan khidmat penghantaran pada hari sama untuk hidangan panas yang dipesan oleh pelanggan Lazada

Antara lokasi yang terpilih adalah:

  • Shah Alam
  • Subang
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
Kredit: LAZADA

Bazaar digital tersebut akan terus menghubungkan warga Kuala Lumpur dan Selangor dengan gerai bazar dan pasar tempatan kegemaran mereka sehinggalah sambutan Hari Raya yang akan datang. Makanan panas yang paling laris setakat ini di Lazat Bazaar adalah putu piring, diikuti oleh by martabak, kuih lopes, roti john, dan kuih tepung pelita. 

“Sebelum ketibaan bulan Ramadan, saya bimbang tentang perniagaan trak makanan saya dan selalu memikirkan apa yang patut saya lakukan untuk mencari rezeki. Dengan Lazada, saya berpeluang untuk membawa perniagaan saya ke dalam talian menerusi Lazat Bazaar. Jika saya tidak berhijrah ke dalam talian dengan sokongan dan panduan daripada pakej rangsangan Pintar Niaga Lazada, saya pasti menghadapi masalah.

Mohd Nujhan Zulkifli, pemilik Nasi Kukus Ayam Berempah Abe.

Pakej rangsangan Pintar Niaga menawarkan yuran 0% bagi PMKS di Lazada, sambil memudahkan penjual mendapatkan latihan menyeluruh di Lazada University, kemudahan inovatif ‘Seller Centre’ (Pusat Penjual), kredit iklan RM300 secara percuma, slot pendedahan percuma, insentif baucar Penghantaran Percuma, sokongan khas 90 hari, dan banyak lagi.

“Sepanjang Ramadan, kami melihat jualan barangan runcit mencatatkan peningkatan lebih 50% kerana rakyat Malaysia kerap membeli barang keperluan dapur dan berbuka puasa di Lazada. Tambahan lagi, kecenderungan untuk membeli-belah dalam talian juga didapati dalam kategori lain, terutamanya fesyen, yang mencatatkan peningkatan jualan hampir 60% di bulan Ramadan.

“Baju kurung, baju Melayu, dan telekung menjadi kata carian utama para pengguna kami yang berkenaan dengan Hari Raya. Trend ini memberi peluang kepada para pengusaha tempatan untuk memanfaatkan perubahan perilaku pengguna semasa Ramadan dan musim Raya yang akan datang untuk memperluaskan jangkauan pasaran dan memaksimumkan jualan mereka,” ujar Susan Too, Ketua Trafik, Lazada Malaysia.

Pada tahun lepas, PMKS di platform eDagang terkemuka ini telah menggandakan jualan mereka dengan pakej rangsangan dan sokongan yang diberikan oleh Lazada.

PMKS di semua industri dialu-alukan untuk mendaftar sebagai penjual baharu menerusi LINK INI. Manakala mereka yang ingin menjamu selera dengan juadah bazar Ramadan dalam keselesaan rumah sendiri boleh mengunjungi Lazat Bazaar di LINK INI.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

twenty − one =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd