Now Reading
Cikgu Terharu Bekas Pelajar 12 Tahun Lalu Masih Beri Hadiah Ketika Sambutan Hari Guru

Cikgu Terharu Bekas Pelajar 12 Tahun Lalu Masih Beri Hadiah Ketika Sambutan Hari Guru

Seorang guru dikenali sebagai Cikgu Faizal berkata dia berasa terharu dan terkedu selepas bekas murid yang diajar pada tahun 2012 masih memberinya hadiah ketika sambutan hari guru di sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui pada minggu lalu 15 Mei, telah berlangsungnya hari istimewa buat pendidik sekolah iaitu Hari Guru.

Ramai cikgu dilihat berseronok dalam menyambut hari tersebut bersama rakan seperjuangan yang lain. Mana tidaknya, itulah masa mereka untuk berehat sebentar daripada sesi pengajaran.

Bukan itu sahaja, ia juga adalah masa di mana anak murid menunjukkan penghargaan mereka buat para guru yang banyak bersabar dalam mendidik mereka sebelum ini.


Cikgu Buka Hadiah Yang Banyak Diterima Ketika Sambutan Hari Guru

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@azfaizalaziz), apabila seorang pengajar dikenali sebagai Cikgu Faizal sedang membuka segala hadiah yang diterima olehnya sewaktu sambutan hari guru pada beberapa hari lalu.

Bagi menghargai anak-anak didik yang membelanjakan duit poket untuk membeli hadiah, Cikgu Faizal telah memuat naik video membuka hadiah dan menyebut setiap satu nama pemberi.

Selalunya, para guru akan mendapat pen, kertas A4, cawan, makanan dan sebagainya. Tetapi kali ini, Cikgu Faizal menerima kipas tangan yang direka khas buatnya.

Perkara yang membuatkan Cikgu Faizal berasa terkejut adalah anak murid sanggup buat cetakan khas dengan meletakkan namanya di kipas berkenaan.

“Hebatnya. Terima kasih Azzahra. Pemberian awak ni saya akan simpan sampai bila-bila,” kata seorang guru tersebut.

@azfaizalaziz InsyaAllah, segala hadiah yg diberikan akan nanti cikgu manafaatkan sebaiknya#KongsiBersama #cikgupenyayang #tiktokviral #kongsikebaikan #hariguru2024 #fypã‚·ã‚šviral ♬ original sound – Cikgu Faizal

Cikgu Faizal Terharu Bekas Murid 12 Tahun Lepas Masih Beri Hadiah

Perkara yang membuatkan Cikgu Faizal lebih terharu adalah apabila dia juga menerima hadiah daripada anak murid yang diajar pada tahun 2012. Ya, 12 tahun yang lalu.

Walaupun sudah melepasi satu dekad, bekas pelajar dilihat masih teringat tentang cikgu yang banyak mengajar sewaktu zaman muda.

@azfaizalaziz Unboxing Hadiah Hari Guru Part 3.. bila murid lama tiba2 muncul depan mata.:siap bawa hadiah, terkedu sekejap tau#KongsiBersama #cikgupenyayang #tiktokviral #kongsikebaikan #hariguru2024 #hariguru #fypã‚·ã‚šviral #rayasekolah2024 ♬ original sound – Cikgu Faizal

Ramai Netizen Sifatkan Cikgu Faizal Seorang Yang Baik Hati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan guru tersebut sebagai seorang yang baik dan lemah lembut terhadap anak didiknya.

“Jarang cikgu lelaki dapat hadiah banyak ya. Ni mesti yang baik, kelakar, tak garang dengan anak-anak murid kan. Semoga cikgu sihat selalu,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ada yang berkata percakapan Cikgu Faizal yang lembut membuatkan anak murid menghargainya.

“Dari cara bercakap pun boleh tahu cikgu ni memang best. Patut la anak-anak murid sayang,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ramai yang memuji cikgu tersebut kerana memberikan reaksi terbaik untuk setiap hadiah yang dibuka olehnya tidak kira besar atau kecil.

“Seronok tengok cikgu unboxing macam ni. Nampak cikgu tu excited happy. Kalau anak-anak yang tengok cikgu tu buka hadiah mesti mereka excited macam ni,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@azfaizalaziz)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tema Sambutan Hari Guru Raih Perhatian, Siap Ada Yang Pakai Jubah Ala Menteri Arab!

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Terharu Anak Murid Buat Kejutan Raikan Hari Jadi, Siap Pakai Topeng [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd