Now Reading
[Video] Sekumpulan Lelaki Baiki Jalan Rosak Di Kampung, Elak Orang Awam Sangkut Trafik Sesak

[Video] Sekumpulan Lelaki Baiki Jalan Rosak Di Kampung, Elak Orang Awam Sangkut Trafik Sesak

Beberapa orang penduduk telah bantu memperbaiki jalan rosak di kampung agar pemandu kereta boleh menggunakannya bagi mengelak trafik sesak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, isu kesesakan trafik telah menjadi bualan hangat orang ramai menerusi media sosial.

Rata-rata netizen telah berkongsi keadaan trafik semasa selain mengeluh kepenatan. Ramai juga di antara mereka terpaksa melalui jalan lama sekitar kampung untuk sampai ke destinasi dengan lebih pantas.

Namun di sesetengah kawasan, jalan ‘dalam’ juga mempunyai masalahnya yang tersendiri.


Pemandu Kereta Terpaksa Guna Jalan Dalam Kerana Trafik Sesak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Zairul Annuar apabila seorang pemandu kereta berkongsi pengalaman dilalui ketika perjalanan pulang dari kampung halaman ke Kuala Lumpur semasa Hari Raya Aidilfitri.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: MalayMail

Pada awalnya Zairul sekeluarga menggunakan lebuh raya dari Simpang Pulai, Ipoh untuk menuju ke arah selatan. Namun disebabkan oleh trafik terlalu sesak, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan jalan dalam.

Bagaimanapun, selepas beberapa ketika, jalan dalam yang dilalui juga berdepan dengan masalah sama iaitu trafik sesak.

Tanpa membuang masa, Zairul bersama isterinya terus mencari laluan alternatif di Google Maps dan dibawa ke sebuah jalan kampung.


Penduduk Kampung Tolong Baiki Jalan Rosak

Cabaran dilalui oleh anak beranak tersebut tidak terhenti di situ sahaja, apabila jalan alternatif ditunjukkan oleh Google Maps membawa mereka ke sebuah jalan lama tidak berturap dan kawasan ladang kelapa sawit yang gelap.

Selain itu, Zairul juga berselisih dengan beberapa pemandu lain yang berpesan untuk berpatah balik akibat jalan rosak di hadapan.

Ketika sedang berpatah balik, kereta milik Zairul telah diberhentikan oleh sekumpulan lelaki yang juga penduduk di kawasan sana.

“Bos, you nak pergi KL kan? Jangan patah balik. Depan tadi you tak boleh jalan kan? Tidak apa, kita bawa backhoe repair jalan itu. You tunggu sekejap, kalau patah balik pun tiada guna, jalan Ladang Bikam sana sesak teruk sebab ada kemalangan,” kata salah seorang lelaki kepada Zairul.

Facebook Zairul Annuar

Pengguna Jalan Raya Terharu Dengan Sikap Baik Hati Para Penduduk

Sementara itu, Zairul bersama keluarganya pun berpatah balik semula ke arah jalan tadi seperti yang diarahkan.

Sebaik sampai di tempat tersebut, jalan yang pada awalnya rosak telah pun hampir siap dan selamat untuk dilalui selepas diabaiki oleh penduduk setempat.

Kerja ni sekejap sahaja. Jalan ada bukit sikit, susah kereta biasa nak jalan. Kenderaan pacuan empat roda sahaja boleh. Sekarang kita kasi rata, jadi semua orang boleh jalan.

Pakcik yang membaiki jalan rosak.

Melihat kegigihan penduduk setempat membetulkan jalan, Zairul meluahkan rasa terharu dan berasa bangga melihat sikap mereka.

“Hati saya rasa terharu. Penduduk di sini ada sikap peduli mahu membantu kelancaran perjalanan orang-orang pulang dari kampung menuju ke Kuala Lumpur.

“Mereka keluar rumah bergotong-royong. Hebat orang-orang Perak. Power. Ini barulah Malaysia,” jelas Zairul.


“Semangat 1 Malaysia”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan sikap penduduk setempat yang bersatu padu menghulurkan bantuan tidak kira agama dan bangsa.

“Terima kasih orang baik. Semangat 1 Malaysia saling bantu-membantu,” kata seorang lelaki.

Melihat situasi tersebut ada juga yang berkata hubungan persaudaraan di negara ini masih utuh.

“Malaysia kita masih aman. Pelbagai kaum bertolak ansur. Yang penting, tingkatkan komunikasi, belajar memahami antara satu sama lain,” ujar seorang netizen.

Malah ada juga individu yang sempat berkongsi pengalamannya dibantu oleh seseorang ketika dalam kesusahan sebelum ini.

“Orang Malaysia ni dalam media sosial je bergaduh. Dekat luar elok sahaja. Tayar kereta saya pancit depan rumah jiran, mereka datang tolong,” jelas seorang wanita.

Sumber: Facebook Zairul Annuar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terharu Jiran Bangsa Cina Gigih Tanam Pokok Limau Lepas Tahu Orang Melayu Guna Untuk Masak Sambal

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Bangsa India Kongsi Resepi Sardin Kicap Versi Bahasa Melayu Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Semangat Nyanyi Lagu ‘Tanggal 31’, Penumpang MRT Jadi Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd