Now Reading
[Video] Semangat Nyanyi Lagu ‘Tanggal 31’, Penumpang MRT Jadi Perhatian Ramai

[Video] Semangat Nyanyi Lagu ‘Tanggal 31’, Penumpang MRT Jadi Perhatian Ramai

Menerusi video tersebut, kelihatan penumpang di dalam MRT itu menyanyikan lagu ‘Tanggal 31’ dengan penuh semangat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semangat patriotik adalah perkara yang sangat penting dan perlu dipupuk dalam setiap lapisan masyarakat.

Ini kerana, agar mereka tahu untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh nenek moyang dan wira yang berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi Malaysia.

Terdapat pelbagai cara semangat patriotik ini dapat ditunjukkan antaranya adalah menerusi tindakan, menghormati bangsa dan agama lain, nyanyian dan banyak lagi.

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh segelintir penumpang MRT ini apabila mereka menyanyikan lagu kemerdekaan secara beramai-ramai sehingga mengundang perhatian ramai.

Tular video penumpang MRT nyanyi lagu kemerdekaan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan segelintir penumpang yang menyanyikan lagu kemerdekaan ketika berada di dalam MRT hingga mengundang perhatian.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Darrel noel di TikTok, awalnya kelihatan penumpang di dalam sebuah gerabak di MRT sedang menyanyikan lagu kemerdekaan yang bertajuk ‘Tanggal 31’.

‘Tanggal 31’ merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal suatu masa dahulu iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Siap bawa bendera Malaysia

Dalam video itu, turut kelihatan beberapa penumpang turut membawa bendera jalur gemilang dan tudung bercorak seperti bendera.

Mereka menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat dan kelihatan kesemua individu dalam MRT itu gembira sambil merakam detik indah itu.

“Saya berada di dalam MRT pada hari ini, tiba-tiba terdapat satu kumpulan menyanyikan lagu kemerdekaan.

“Apa yang lebih mengagumkan nyanyian yang dibawa mereka sangat harmoni.

“Jadi saya sebagai seorang Sabahan yang suka menyanyi pun terikut untuk nyanyi bersama-sama,” ujar Darrel.

Meskipun ada yang duduk dan berdiri ketika di dalam MRT itu namun setiap antara mereka tidak melepaskan peluang untuk nyanyi bersama-sama.

https://www.tiktok.com/@deleosem/video/7273151420453440770?_r=1&_t=8fJHxzrAYK2

Turut bersorak ‘Merdeka’ di akhir nyanyian

Bukan hanya itu, mereka turut bersorak ‘Merdeka’ di akhir lagu itu sebelum menepuk tangan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan itu kerana ia kelihatan sangat harmoni.

Malah ada yang semua penumpang yang berada dalam kenderaan awam itu ‘supporting’.

“Lain macam semangat rakyat Malaysia, semoga Malaysia terus teguh! Malaysia Madani”

“Comelnya rakyat Malaysia”

“Terbaiklah”

“Lain macam sambutan merdeka tahun ni”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd