Now Reading
Wanita Bangsa India Kongsi Resepi Sardin Kicap Versi Bahasa Melayu Undang Perhatian Ramai

Wanita Bangsa India Kongsi Resepi Sardin Kicap Versi Bahasa Melayu Undang Perhatian Ramai

Sebelum ini, wanita dikenali sebagai Nisha sering memuat naik video resepi masakan sambil berbahasa Tamil di akaun TikTok miliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia dan makanan memang berpisah tiada. Memang tidak dapat dinafikan makanan di negara ini amatlah sedap dengan rempah ratus yang pelbagai.

Kalau anda lihat di media sosial, sudah ramai pelancong warga asing yang datang ke Malaysia semata-mata untuk merasai hidangan dan makanan unik oleh setiap bangsa seperti Melayu, Cina dan India.

Malah, makanan juga membantu menyatukan hubungan baik dan silaturahim di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira asal usul serta latar belakang seseorang.


Wanita Hasilkan Video Resepi Versi Bahasa Melayu Demi Followers

Semangat itu boleh dilihat apabila seorang wanita berbangsa India dikenali sebagai Nisha menerusi hantaran di laman TikTok (@nishathokku) berkongsi resepi masakan Sardin Kicap Viral.

Kebiasaannya, Nisha akan bertutur dalam bahasa Tamil dalam setiap hantaran video resepi yang dikongsikan pada setiap hari. Sebelum ini juga, wanita itu pernah muat naik video resepi yang sama dalam bahasa Tamil untuk pengikut setianya.

https://www.tiktok.com/@nishathokku/video/7312359690220932354?_r=1&_t=8kFpia7dD2Q

Namun lain daripada lain, Nisha kali ini tampil dengan video resepi Sardin Kicap Viral dalam bahasa kebangsaan pula. Video tersebut telah memudahkan orang ramai khususnya mereka yang berbangsa Melayu untuk mengikuti langkah-langkah memasak Sardin Kicap.


Orang Ramai Suka Video Resepi Oleh Kak Nisha

Difahamkan, video asal berbahasa Tamil itu mendapat tumpuan orang ramai terutamanya masyarakat Melayu walaupun mereka tidak faham setiap yang disebutkan oleh Nisha. Mungkin mereka terliur melihat kesedapan sardin kicap yang dimasak oleh wanita itu.

Tiba-tiba aku boleh faham Tamil. Sampai habis aku tengok kakak ni ajar masak. Nak buatlah nanti.

Netizen.

Perkongsian resepi video dalam Bahasa Melayu itu kemudian tular selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter).

Sumber: X

Netizen Puji Nisha Kongsi Resepi Versi Bahasa Melayu

Menjengah ke ruangan komen di video resepi Nisha, orang ramai dilihat gembira dengan usaha wanita itu yang sanggup melakukan satu lagi versi dalam bahasa lain.

“Best tengok akak kongsi resepi. Lepas ini boleh cuba. Nanti akak cakap dua bahasa ya, saya nak belajar cara masakan Indian juga,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@nishathokku)

Sementara itu, ramai juga di kalangan netizen yang sempat ‘request’ pelbagai resepi untuk ditunjuk ajar oleh Nisha kepada followers.

“Nisha, boleh ajar cara masak kari ikan style Indian? Sebenarnya anak-anak saya suka makan kari ikan. Setiap hari balik sekolah mesti pergi mamak,” kata seorang ibu.

Sumber: TikTok (@nishathokku)

Malah, ada juga dilihat memuji kefasihan Nisha dalam menggunakan bahasa Melayu semasa mengajar memasak.

“Terima kasih kak Nisha atas resepinya. Suka dengar fluency akak, sangat fasih berbahasa Malaysia. Share lagi tips kak,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@nishathokku)

Resepi Sardin Kicap Kak Nisha

Selalunya, orang ramai akan menonton video resepi Khairul Aming sebagai rujukan memasak di rumah. Apa kata kali ini, kita ‘support’ video Kak Nisha juga yang menampilkan hidangan anda boleh masak di rumah.

Lebih menarik, anda boleh mempelajari gaya masakan orang India yang kaya dengan rempah ratus.

Buat mereka yang mencari idea baru tentang masakan lauk untuk dihidangkan kepada anak-anak, di sini kami sertakan video resepi Kak Nisha iaitu Sardin Kicap.

Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah untuk didapati di pasaran seperti:

Foto: Bahan masakan.
  • 3 biji bawang merah.
  • Cili padi.
  • Serai.
  • Halia.
  • Bawang putih.
  • 1 tin sardin.
  • Daun kari.
  • Tomato.
  • 3 asam keping.
  • 3 sudu besar serbuk cili.
  • Garam.
  • Kicap pekat.

Untuk langkah-langkah penyediaan, anda boleh tonton video penuh di bawah. Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 1.1 Juta Tontonan, Gadis Korea Ini Kongsi Resepi Simple Tteokbokki

Baca Artikel Berkaitan: Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur

Baca Artikel Berkaitan: Resepi Cinnamon Rolls Express Ini Sesuai Untuk Hi-Tea Lepas Habis WFH. Cuba Jom!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd