Now Reading
[Video] Lelaki Letak Tanda Harga Pada Koleksi Mainan Untuk Elak Budak Sentuh Ketika Beraya Cuit Hati Ramai

[Video] Lelaki Letak Tanda Harga Pada Koleksi Mainan Untuk Elak Budak Sentuh Ketika Beraya Cuit Hati Ramai

Pengumpul koleksi action figure dikenali sebagai Azreen Ismail dilihat meletakkan tanda harga lumayan pada permainan yang dimiliki agar kanak-kanak yang datang beraya ke rumah tidak merosakkannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut sahaja musim perayaan Aidilfitri, sudah pasti ramai di antara kita akan teringat kepada majlis rumah terbuka yang sering dianjurkan oleh orang ramai.

Rumah terbuka itu bukan sahaja melibatkan golongan dewasa, kebiasaannya para ibu bapa akan membawa sekali anak-anak kecil untuk turut serta dalam majlis berkenaan.

Namun dalam sesetengah kes, ada sahaja ragam si kecil ketika berada di rumah orang. Kadangkala, ibu bapa sampai tidak mampu mengawal kelakuan segelintir budak yang aktif.


Lelaki Letak Tanda Harga Mahal Pada Pameran Koleksi Permainan Di Rumah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@yen_orochi) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Azreen Ismail meletakkan tanda harga pada setiap koleksi permainan di rumahnya.

Difahamkan, tindakan pengumpul koleksi mainan figur aksi seperti Gundam tersebut adalah bagi mengelakkan kanak-kanak yang datang beraya ke rumah merosakkan permainan miliknya itu.

Menurutnya oleh disebabkan harga mahal yang terpapar, ibu bapa akan lebih mengawasi kelakuan anak-anak daripada menyentuh harta benda orang lain secara sembarangan.

Sumber: TikTok (@yen_orochi)

Kalau anda lihat sendiri klip video tersebut, Azreen telah meletakkan tanda harga dengan jumlah melebihi seribu ringgit bagi setiap permainan di rak.

Kita letak (tanda harga) RM1,700 terus. Biar mak bapak dia goyang sikit. Kita letak je harga macam ni. Peduli apa, barang kita hak kita!

Azreen Ismail.
@yen_orochi datang beraya jangan tangan tu nak gatal. ##fyp #fyppppppppppppppppppppppp #yentoys #toyscollectors #gundambuilder #supersentai #gunplabuildersmalaysia #bandai ♬ original sound – Azreen Ismail

Netizen Terhibur Lihat Telatah Lelaki Letak Tanda Harga Mahal Pada Permainan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan idea ‘luar kotak’ Azreen untuk menjaga permainan kesayangan miliknya itu.

“Bagus bang, biar diorang goyang sikit. Ayat ‘budak-budak je’ tak guna kalau tak boleh nak bayar balik,” ujar seorang lelaki.

Malah, ada juga seorang individu berkata lelaki itu harus menyertakan sekali kod QR supaya para ibu bapa boleh membuat transaksi dengan mudah atas kerosakan permainannya.

“Kod QR letak sekali bang, senang ibu bapa nak bank in,” kata seorang warganet.

Sementara itu, ada juga yang ingin memberikan idea tambahan kepada Azreen agar kanak-kanak tidak menghampiri permainan tersebut.

“Bang letak (tanda) ‘once broken consider sold’ sekali tak?” tanya seorang netizen.

Sumber: TikTok (@yen_orochi)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd