Now Reading
Penyanyi Korea Selatan Park Bo Ram Meninggal Dunia, Ditemui Tak Sedarkan Diri Dalam Tandas

Penyanyi Korea Selatan Park Bo Ram Meninggal Dunia, Ditemui Tak Sedarkan Diri Dalam Tandas

Park Bo Ram telah dibawa ke Hospital Guri Universiti Hanyang di Seoul, Korea Selatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11:17 malam, hari yang sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penyanyi Korea Selatan Park Bo Ram dilaporkan telah meninggal dunia pada malam semalam (11 April) selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas.

Memetik laporan Allkpop, berita mengenai kematian penyanyi berusia 30 tahun itu telah disahkan oleh pihak agensi mendiang iaitu XANADU Entertainment.


Rakan Tak Sedap Hati Park Bo Ram Terlalu Lama Di Tandas

Difahamkan, Park Bo Ram bersama dua rakannya sedang minum bersama di rumah salah seorang daripada mereka.

Namun ketika berkumpul, dia tiba-tiba mahu ke tandas pada jam 9:55 malam dan tidak kembali semula selepas beberapa tempoh.

Berasa tidak sedap hati dengan keadaan yang berlaku, salah seorang daripada rakannya memeriksa keadaan penyanyi tersebut kerana dikatakan berada di dalam tandas terlalu lama.

Sumber: Instagram @ramramram2

Mereka kemudiannya terkejut selepas mendapati penyanyi terbabit berada dalam keadaan membongkok berhampiran sinki dan tidak sedar.

Cemas dengan apa yang berlaku, mereka segera menghubungi talian kecemasan 911 dan cuba memberi bantuan pernafasan segera (CPR) kepada Park Bo Ram.

Penyanyi berkenaan telah dibawa ke Hospital Guri Universiti Hanyang di Seoul, Korea Selatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11:17 malam.

Sehingga kini, punca kematian artis berkenaan masih belum dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.


Latar Belakang Tentang Park Bo Ram

Sumber: Instagram @ramramram2

Sebagai info, Park Bo Ram telah menyertai program nyanyian SuperStar K2 anjuran rancangan televisyen Mnet pada tahun 2010 sebelum memulakan kerjayanya sebagai penyanyi menerusi lagu berjudul ‘Beautiful’ pada tahun 2014.

Difahamkan, Park Bo Ram yang dilahirkan pada 1 Mac 1994 sedang membuat persiapan untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dalam industri seni dengan membuat ‘comeback’.

Antara nyanyiannya yang popular menerusi lagu OST beberapa drama Korea Selatan adalah seperti berikut:

  • Hyehwa-dong (OST Reply 1988)
  • Please Say Something, Even Though It Is A Lie (OST W)
  • Will Be Fine
  • Destiny
  • I Hope

Selain bergelar penyanyi, Park Bo Ram juga merupakan seorang pelakon dan juga model di Korea Selatan.

Baca Artikel Berkaitan: Rapper Korea, Iron Ditemui Mati Dengan Badan Berlumuran Darah

Baca Artikel Berkaitan: Pelawak Terkenal Korea, Park Ji Sun & Ibunya Ditemui Mati

Baca Artikel Berkaitan: Demi Rumah Tangga, Penyanyi Korea Lee Hyori Tutup Akaun IG


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd