Now Reading
[Video] Audi Hangus Dijilat Api Ketika Parkir Di Depan Rumah. Punca Sebenar Masih Belum Diketahui

[Video] Audi Hangus Dijilat Api Ketika Parkir Di Depan Rumah. Punca Sebenar Masih Belum Diketahui

Seorang lelaki dikenali sebagai Aswadi mendakwa kereta Audi Q5 yang terbakar di sebuah kawasan perumahan itu adalah disebabkan oleh anak-anak jiran bermain dengan bunga api.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sepanjang bulan puasa ini, pelbagai kes melibatkan kebakaran rumah dan kereta dilaporkan berlaku.

Seperti sebelum ini, sebuah premis kenderaan telah terbakar dan juga menyebabkan lima buah kereta hangus di Jalan Bundusan, Penampang, Sabah.

Bukan itu sahaja, dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitiri, kes melibatkan kehilangan harta benda masih lagi berlaku. Memang besar betul ujian buat golongan yang menjadi mangsa.


Kereta Jenis Audi Terbakar Di Sebuah Kawasan Perumahan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @aswadi_didi), menyaksikan sebuah kereta terbakar di sebuah kawasan perumahan.

Kereta yang didakwa jenis Audi Q5 itu dikatakan terbakar akibat bunga api yang dinyalakan oleh anak-anak jiran sekitar kawasan tersebut.

Kereta Audi terbakar sebab anak jiran dia main bunga api sebelah taman aku. Lagi dua hari je nak raya.

Pengguna X.

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Kereta Terbakar

Menjengah ke ruangan balas, ramai di kalangan netizen berasa kesihan melihat nasib yang menimpa pemilik kereta Audi itu.

“Dalam banyak-banyak (kereta), Audi juga yang nak terbakar. Memang nasib betul,” ujar seorang lelaki.

Dalam masa sama, orang ramai turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa di luar sana untuk sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak ketika bermain dengan bunga api.

“Kepada orang dewasa, sila awasi ahli keluarga yang masih bawah umur ketika bermain dengan bunga api atau mercun. Aku yakin orang dewasa boleh fikir dekat tempat macam mana yang sesuai untuk bermain bunga atau mercun,” jelas seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga di kalangan warganet berasa terkejut melihat kereta yang hangus terbakar hanya kerana bunga api.

“Pelik juga bunga api boleh jadi punca kereta terbakar sampai macam ni. Tak kan la budak tu main bunga api pancarkan dekat tangki minyak kereta,” kata seorang lelaki.

Sumber: X

Jiran Dakwa Tiada Budak Bermain Dengan Bunga Api Dalam Rakaman CCTV

Berbicara lebih lanjut mengenai insiden itu, segelintir individu berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Aswadi adalah kurang tepat.

Seorang lelaki dikenali sebagai Faisal yang juga merupakan penduduk kawasan perumahan tersebut berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat percikan api kecil di sebelah kereta.

Dakwanya, api berkenaan tidak dipadam dengan betul sehingga menyebabkan ia merebak sekaligus menjadi punca mengapa kereta Audi hangus terbakar.

Lorong rumah aku ni. Punca tiada kesimpulan lagi. Aku dah tengok video full CCTV 30 minit sebelum terbakar. Tiada budak main bunga api pun. Jangan kejar like sangat. Video 30 minit kereta mula terbakar minit ke 18. Suka-suka je kata punca budak main bunga api.

Faisal.

Tambah Faisal lagi, video CCTV berdurasi 30 minit tidak menunjukkan kelibat kanak-kanak yang bermain bunga api sebelum insiden itu berlaku.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan percikan api tersebut berpunca dari mana.

Sumber: X

Namun menurut pemilik video asal, dia tidak berniat untuk mengejar tanda suka sebaliknya dia berkongsi berdasarkan maklumat dari jiran-jiran di tamannya.

“Tiada nak kejar likes bang. Orang taman kitorang share macam tu, saya share je. Tengah nak dapatkan bukti-bukti. Diorang cakap ada bunyi meletup tak pasti, mercun atau tiba-tiba kereta meletup. Suspek mercun, kita sama-sama tunggu,” ujar pemilik video.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Melecur Hampir 95%, Proton Wira Dilapor Meletup & Terbakar Di Alor Setar, Kedah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Padah Bakar Mercun Atas Lebuhraya MRR2, Pemandu Lori Diberkas Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd