Now Reading
[Video] Padah Bakar Mercun Atas Lebuhraya MRR2, Pemandu Lori Diberkas Polis

[Video] Padah Bakar Mercun Atas Lebuhraya MRR2, Pemandu Lori Diberkas Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, suspek dipercayai membakar mercun jenis cake (138) kerana diminta oleh pelanggan di kedai milik rakannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan berbahaya seorang lelaki bermain mercun di atas Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang dipenuhi kenderaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata susulan video tular tersebut pihaknya telah berjaya memberkas lelaki terbabit yang juga seorang pemandu lori pada Sabtu lalu (15 April).

Menurutnya, suspek yang berumur 35 tahun itu diberkas sekitar jam 10.00 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Bakar mercun sebab pelanggan minta

Kata Mohamad Farouk, lelaki terbabit bertindak demikian kerana diminta oleh pelanggan di kedai rakannya.

“Suspek dipercayai membakar mercun jenis cake (138) kerana diminta oleh pelanggan premis milik rakannya.

“Aksi suspek itu dirakam sebelum dimuat naik menerusi Facebook dan menjadi tular serta kemudiannya dikesan oleh pihak polis,” katanya.

Jelas Mohamad Farouk lagi, hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif selain tiada rekod jenayah.

“Suspek direman empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Kes disiasat bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya lagi.

Tular lelaki bakar mercun atas lebuh raya dikecam ramai

Terdahulu, menerusi perkongsian video di laman Facebook Inforoadblock, kelihatan seorang lelaki bertindak membakar mercun jenis ‘cake’ atau mercun merdeka di atas lebuh raya pada Jumaat lalu (14 April).

Susulan video tular tersebut, rata-rata pengguna media social mengecam tindakan lelaki terbabit selain menyifatkan kelakuan itu sebagai kurang bijak dan membahayakan keselamatan pengguna lebuh raya berkenaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd