Now Reading
“Salam Dari Hati” – Filem Web Raya Petronas Mampu Buat Orang Ramai Berjurai Air Mata

“Salam Dari Hati” – Filem Web Raya Petronas Mampu Buat Orang Ramai Berjurai Air Mata

Anda kini boleh menonton ‘Salam Dari Hati’ di saluran rasmi YouTube dan Facebook PETRONAS bermula 4 April 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setibanya perayaan Aidilfitri, setiap syarikat-syarikat terkemuka pasti akan mengeluarkan versi filem web Raya mereka tersendiri. Dan untuk tahun 2024 ini, Petronas pada 4 April lalu telah secara rasminya mempersembahkan filem web mereka yang berjudul “Salam Dari Hati”.

Salam Dari Hati oleh Petronas

Diterajui oleh pengarah filem terkenal Rewan Ishak, filem ini berkisar di sekitar pemandangan cantik Terengganu.

Filem tersebut turut menonjolkan tradisi bersalaman pada hari pertama Aidilfitri, di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk meraikan dan memohon ampun dari orang tua.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar Komunikasi Strategik PETRONAS Siti Azlina Abdul Latif, “Terinspirasi oleh tradisi ‘Salam’ yang berkekalan di setiap rumah pada pagi Aidilfitri, filem Hari Raya tahun ini menggalakkan penonton untuk meneroka makna yang mendalam tentang ‘Salam’ dalam pelbagai peringkat kehidupan.

Pengurus Besar Komunikasi Strategik PETRONAS, Siti Azlina Abdul Latif.

“Ia menjemput kita untuk merangkul setiap ‘Salam’ dengan penghargaan yang baharu sekaligus memupuk hubungan dan pemahaman yang lebih mendalam.”

Kru “Salam Dari Hari Raya” dan team Petronas.

Majlis Berbuka Puasa PETRONAS bersama rakan-rakan media ini diikuti dengan pratonton Filem Web Raya 2024 yang telah diadakan di Aloft Hotel, KL Sentral pada 4 April lalu.

Team TRP bersama dengan Kumpulan Komunikasi Strategik PETRONAS.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Anda kini boleh menonton ‘Salam Dari Hati’ di saluran rasmi YouTube dan Facebook PETRONAS bermula 4 April 2024.

Seiring usia, salam membawa erti yang berbeza dan mengajar kita untuk lebih menghargai saat-saat bermaafan. Sempena Aidilfitri tahun ini, terimalah Salam dari Hati.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd