Now Reading
[Video] Peniaga Berang Lelaki Berdegil Promosi Judi & Ah Long Di Bazar Ramadan

[Video] Peniaga Berang Lelaki Berdegil Promosi Judi & Ah Long Di Bazar Ramadan

Oppa Zuzu bengang apabila individu yang mempromosi judi dan Ah Long di kawasan bazar Ramadan Stadium Ipoh itu masih meneruskan aksi sedemikian walaupun sudah ditegurnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang anda semua tahu, ramai di kalangan masyarakat akan ‘turun padang’ dan mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli pelbagai juadah menarik sepanjang bulan puasa ini.

Kebiasaannya, tempat itu hanya bertujuan untuk melakukan aktiviti jual beli di antara pelanggan dan para peniaga.

Namun begitu, ada juga sesetengah pihak yang sudah menyalah gunakan lokasi bazar dengan melakukan operasi haram di kawasan tersebut.


Lelaki Promosi Judi Di Bazar Ramadan Stadium Ipoh

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@ezzuchang), menyaksikan seorang peniaga dikenali sebagai Oppa Zuzu mendedahkan aktiviti seorang individu di bazar Ramadan Stadium Ipoh.

Menurut Oppa Zuzu, seorang lelaki dilihat mengedar sambil mempromosikan judi serta perkhidmatan Ah Long (pemberi pinjam wang tidak berlesen) kepada gerai-gerai peniaga di kawasan itu.

Walaupun pada awalnya sudah ditegur, namun individu itu masih berdegil untuk melakukan perkara yang sama.

Oleh disebabkan itu, Oppa Zuzu mengambil keputusan untuk merakam dan menyebarkan aksi berkenaan agar pihak berwajib boleh mengambil tindakan lanjut.


Peniaga Halau Individu Edar Judi Dari Kawasan Bazar

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan Oppa Zuzu sedang menghalau lelaki tersebut daripada bazar berkenaan selepas ‘diceramah’ olehnya.

Ramai orang Melayu kita kesusahan dalam keadaan terdesak dengan ekonomi kita sekarang ini.

Oppa Zuzu.

Peniaga tersebut dalam masa sama berharap agar masyarakat setempat tidak terpengaruh dengan aktiviti judi kerana ia mampu merosakkan kehidupan seseorang.

“Semoga semua lebih peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mendiamkan diri dengan benda yang merosakkan bangsa dan agama kita ini,” ujar Oppa Zuzu.

@ezzuchang Promote Judi Di Bazar Stadium Ipoh! AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR! #ezzuchang #oppazuzu #fyp #foryoupage #tiktokguru #foryourpage #ramadhan2024 #bazarstadiumipoh2024 ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang berkata kegiatan promosi judi turut dilakukan di bazar yang lain.

“Dekat bazar (Taman) Perpaduan pun ada tadi, aku buang terus,” kata seorang netizen.

Malah ada netizen berpendapat bahawa pihak yang mempromosi judi menyasarkan golongan peniaga bazar kerana untung perniagaan yang tidak tinggi.

“Target baru mereka. Sebab banyak peniaga bazar sekarang tak banyak untung dah. Kadang-kadang tak balik modal. Pinjaman untuk berniaga nak kena bayar,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga dilihat berterima kasih kepada Oppa Zuzu kerana telah bertindak mencegah perkara tersebut daripada berleluasa di bazar berkenaan.

“Terima kasih Oppa bantu. Dari perkara kecil macam inilah kena bertindak sebelum melarat. Saya salute kamu brother,” kata seorang warganet.

Sumber: TikTok (@ezzuchang)

Bahaya Amalan Judi

Umum sedia maklum, hukum berjudi adalah haram di sisi agama Islam. Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pengharaman judi yang disebut dalam al-Quran berlaku secara berperingkat.

Ayat 219 dari surah al-Baqarah menyebut:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…”

Sumber: Pexels

Antara bahaya judi yang dijelaskan oleh Imam al-Alusi adalah seperti memakan harta secara batil, menyebabkan penjudi terjebak dengan jenayah curi, mencederakan jiwa, mensia-siakan keluarga, melakukan perkara keji serta hina dan permusuhan yang timbul secara tersembunyi atau terang-terangan.

Baca Artikel Berkaitan: [TERKINI] Polis Siasat Video Iklan Raya Promosi Judi Online

Baca Artikel Berkaitan: Syarikat Judi Terima Kecaman Lepas Selamba Buat Iklan Sempena Aidilfitri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd