Syarikat Judi Terima Kecaman Lepas Selamba Buat Iklan Sempena Aidilfitri
Melampau betul sampai nak promote perjudian dengan menggunakan tema Hari Raya Aidilfitri.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Sebuah syarikat perjudian baru-baru ini telah menerima kecaman oleh warganet berikutan satu musik video yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut dan paling teruk, video tersebut bertemakan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut jalan cerita video tersebut, ia seolah-olah mengajak orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan mereka untuk meraih wang berganda. Lebih mengejutkan lagi, iklan tersebut turut melibatkan beberapa pelakon beragama Islam yang lengkap berbaju kurung dan melayu, serta berlatarbelakangkan suasana beraya di kampung.
NOTA: Video klip Raya tersebut telah dibuang oleh GDBET333 di laman YouTube mereka ketika artikel ini ditulis.
“GDBet333 ada, apa nak tunggu, marilah cuba, untung nasibmu, engkau berjaya, cuci semua, kemudian beraya!”
Petikan dari video promosi perjudian oleh GDBET333.
Warganet berang dan turut menyifatkan syarikat perjudian tersebut tidak sensitif
Done Report Spam n Misleading.. https://t.co/7bDzHb0qNa
— Kurt (@drstone6800) April 15, 2021
Cannot brain la how can company buat iklan raya. Or memang ramai muslim yang main? https://t.co/VR3eSdlmMr
— حاريث (@_harithhz) April 14, 2021
Tak campur lagi influencers bertudung promote judi https://t.co/pYcfchDmVd
— Mimieoww (@nefertiti4lyfe) April 15, 2021
Menurut laporan Utusan Malaysia, hal ini turut menggesa pihak kerajaan supaya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap syarikat perjudian yang mempromosikan aktiviti atas talian melalui video iklan yang bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tersebut.
Penularan sebuah video iklan oleh syarikat judi bukan sahaja mengganggu keharmonian awam ketika berada di bulan Ramadan, dengan menggunakan pelakon yang kelihatan berbangsa Melayu bahkan berlatarkan (suasana) Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan umat Islam.
Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya.
Syarikat itu mempromosikan syarikatnya sebagai satu syarikat ‘online casino’ dan telah mempengaruhi umat Islam menggunakan media sosial untuk berjudi selepas berpuasa di bulan Ramadan semata-mata untuk berhari raya.
Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh.
Tambah Fuziah lagi, perbuatan ini amat bercanggah dengan kefahaman beraya yang bermaksud kembali kepada fitrah dan bersih daripada dosa di bulan Ramadan.
Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



