Now Reading
[TERKINI] Polis Siasat Video Iklan Raya Promosi Judi Online

[TERKINI] Polis Siasat Video Iklan Raya Promosi Judi Online

Iklan tersebut turut melibatkan beberapa pelakon beragama Islam yang lengkap berbaju kurung dan melayu, serta berlatarbelakangkan suasana beraya di kampung.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Berikutan kes sebuah syarikat judi dikatakan telah mempromosikan aktiviti berjudi dalam talian melalui sebuah klip video bertemakan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini kini mendapat perhatian pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, PDRM akan memanggil penerbit dan setiap pelakon yang terbabit dalam video promosi tersebut kerana video tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati umat Islam di Malaysia.

BACA SINI: https://www.therakyatpost.com/2021/04/16/syarikat-judi-terima-kecaman-lepas-selamba-buat-iklan-sempena-aidilfitri/

Kredit: ismaweb

Setakat ini, laporan polis telah dibuat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman setelah mendapati isi kandungan video itu jelas melanggar undang-undang dan mampu mendatangkan kegusaran awam.

Kami akan siasat asal usul video berkenaan dan siasatan juga menjurus kepada penerbit serta pelakon yang terbabit dalam video ini. Kami sedang mengesan mereka dan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Acryl Sani menjelaskan bahawa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga sudah dihubungi untuk membantu siasatan polis.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk tidak berkongsi atau menyebarkan video berkenaan melalui media sosial bagi mengelak kegusaran awam.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd