Now Reading
[Video] “Bravo PDRM” – Aksi 3 Anggota Polis Selamatkan Mangsa Terperangkap Dalam Kebakaran Raih Pujian

[Video] “Bravo PDRM” – Aksi 3 Anggota Polis Selamatkan Mangsa Terperangkap Dalam Kebakaran Raih Pujian

Difahamkan, tiga anggota polis berpangkat Lans Koperal bergegas ke lokasi kebakaran di Sinaran Wangsa Residensi, Wangsa Maju bagi menyelamatkan dua beranak yang terperangkap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berkelakuan baik hati dan bertimbang rasa sesama manusia adalah satu sikap yang perlu diterapkan oleh semua golongan masyarakat tidak kiralah status, bangsa, pangkat, kaum dan sebagainya.

Sebelum ini, seorang polis wanita telah menyentuh hati orang ramai lebih-lebih di kalangan mereka yang sudah bergelar ibu bapa kerana dia telah membantu seorang anak kepada banduan.

Menerusi perkongsian foto di laman Facebook, polis wanita tersebut dipercayai sedang membantu anak kecil berkenaan menguruskan dirinya.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Polis Wanita Jaga Anak Banduan Raih Pujian Orang Ramai


Dua Beranak Terperangkap Dalam Kebakaran

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dua sekeluarga berjaya diselamatkan oleh pihak anggotanya semasa berlakunya kebakaran.

Menerusi perkongsian di laman Instagram (@pdrmsia_malaysia) hari ini (19 Mac), tiga anggota polis dilihat sedang memecahkan pintu hadapan sebuah unit di Sinaran Wangsa Residensi, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang sedang terbakar.

Difahamkan, balai polis Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan yang dibuat oleh seorang wanita yang juga isteri mangsa pada sekitar jam 4.30 petang, Isnin (18 Mac).

Sumber: Instagram (@pdrmsia_malaysia)

Tindakan Pantas Anggota Polis Berjaya Selamatkan Mangsa

Ekoran daripada tindakan pantas pihak berkuasa, dua beranak yang terperangkap iaitu seorang bapa bersama anak perempuannya dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Tiga Lans Koperal yang terlibat dalam misi menyelamat adalah:

  • Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar.
  • Lans Koperal Mohamad Hazieril.
  • Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel
Sumber: Instagram (@pdrmsia_malaysia)

Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka (anggota polis) atas kesanggupan mempertaruhkan nyawa ketika api sedang marak bagi menyelamatkan mangsa. Sesungguhnya jasa kalian itu sangat besar dan membanggakan pasukan.

PDRM.

Orang Ramai Puji Tindakan PDRM Yang Sanggup Gadaikan Nyawa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bersyukur dengan bantuan PDRM dalam menyelamatkan nyawa orang awam.

“Sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan orang lain. Besar jasanya, semoga dinaikkan pangkat,” ujar seorang wanita.

Malah ramai juga yang memuji mereka kerana menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dengan sebaiknya.

“Alhamdulillah. Tahniah tuan kerana menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian dunia akhirat,” kata seorang netizen.

Sementara itu, ada juga yang berterima kasih kepada ketiga-tiga Lans Koperal kerana menyelamatkan mangsa sebelum pihak bomba tiba di lokasi insiden.

“Terima kasih anggota PDRM yang cepat membantu sementara menunggu anggota bomba tiba ke tempat kejadian,” jelas seorang individu.

Sumber: Instagram (@pdrmsia_malaysia)

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Salute PDRM” – Polis Escort Kereta Pesakit Sesak Nafas Ke Hospital Raih Pujian Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd