Now Reading
[Video] Isu Stokin Kalimah Allah Sangat Sensitif Bagi Umat Islam – Ustaz Elyas Ismail

[Video] Isu Stokin Kalimah Allah Sangat Sensitif Bagi Umat Islam – Ustaz Elyas Ismail

Jelas pendakwah bebas dikenali sebagai Ustaz Elyas Ismail, orang ramai perlu menzahirkan ‘kemarahan’ melalui media sosial agar pihak terlibat tidak berani mempermainkan agama Islam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, timbul satu kontroversi apabila terdapat stoking yang tertera kalimah Allah dijual di kedai serbaneka KK Super Mart, Bandar Sunway.

Ini kerana kalimah Allah tidak seharusnya dicetak sesuka hati apatah lagi di stoking memandangkan ia hanya digunakan pada kaki.

Walaupun pihak KK Super Mart telah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun kejadian seolah-olah menghina Tuhan itu tidak boleh diterima orang ramai.

Baca Artikel Berkaitan: KK Super Mart Mohon Maaf Isu Jual Stokin Kalimah Allah Di Cawangan Bandar Sunway


Peniaga Perlu Cakna Terhadap Perkara Yang Menghina Agama

Isu ini turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail yang tampil memberikan pandangannya di akaun TikTok (@ustazelyasismail).

Jelasnya, isu kalimah Allah pada stoking adalah satu perkara sensitif buat golongan beragama Islam.

Sumber: FB Firdaus Wong Wai Hung/KK SUPER MART

Menurut Ustaz Elyas, Allah SWT berfirman: “Orang beriman itu apabila dia disebut-sebut nama Allah maka akan bergetar jiwanya.”

Istilah bergetar jiwa itu termasuklah seseorang hamba berasa takut dan bimbang atas kemurkaan Allah akibat perbuatan-perbuatan yang manusia lakukan selain perkara yang menunjukkan penghinaan terhadap agama.

Kalimah Allah, kalimah yang tinggi diletakkan pada kaki pula. Apa-apa keadaan sekali pun, peniaga-peniaga tolonglah cakna, ambil berat dan terperinci setiap barang yang nak dijual.

Ustaz Elyas.

Bimbang Ada Pihak Ingin ‘Test Market’ Hina Agama Islam

Tegas pendakwah bebas itu lagi, mengenal pasti barang-barang hendak dijual adalah penting bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab atau golongan yang mempunyai hasrat untuk menghina agama Islam tidak mempunyai sebarang campur tangan.

Ustaz Elyas juga meluahkan rasa bimbang sekiranya pihak terlibat ingin ‘test market’ dalam menghina agama Islam secara terang-terangan.

Macam dia nak test market lah. Nak tengok orang Islam ni okay je, buatlah apa lambang atau kalimah apa pun. Orang Islam macam tak marah okay je, macam reda dan setuju je. Tak boleh.

Ustaz Elyas.

Gunakan Media Sosial Untuk Zahirkan Kemarahan

Susulan itu, ustaz tersebut meminta orang ramai untuk menggunakan platform media sosial masing-masing bagi menzahirkan kemarahan serta rasa tidak puas hati terhadap isu berkenaan.

Melalui cara tersebut, tiada pihak mempunyai keberanian untuk merendah-rendahkan ajaran Islam di khalayak ramai seperti mana yang sudah terjadi sebelum ini.

@ustazelyasismail Semoga kita semua dipelihara Allah bertenang dgn @CEO Tenang | WangianAnnaLegacy #fyp #ustazelyasismail #viral #trending ♬ Musik Relaksasi – Formasi

Semoga kes yang sudah berlaku boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai khususnya para peniaga untuk lebih berhati-hati dalam dunia bisnes selain menghormati kesucian agama setiap masyarakat di Malaysia.


Vendor Stoking Buat Permohonan Maaf

Sebelum ini, syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd iaitu vendor pembekal kepada produk stoking jenama MiranoSock itu juga tampil membuat permohonan maaf.

Pihak mereka mengakui kesilapan yang berlaku kerana tidak menyemak secara teliti produk yang diambil dari China itu.

Pihak kami amat kesal dengan perkara ini dan mengakui akan kesilapan kami tidak membuat pemeriksaan dengan teliti berkenaan produk yang diambil dari China ini. Kami memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam khususnya kepada syarikat KK Super Mart dan Superstore Sdn Bhd amnya.

Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd.

Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd dalam masa sama turut memaklumkan bahawa mereka akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd