Now Reading
[Video] Usahawan Jual Kopiah RM75 Guna ‘Guilt-Trip Marketing’ Cetus Perdebatan

[Video] Usahawan Jual Kopiah RM75 Guna ‘Guilt-Trip Marketing’ Cetus Perdebatan

Usahawan itu berkata kopiah yang dijual olehnya berharga RM75 kerana kualiti yang baik serta mempunyai 13 lapisan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila membeli sesuatu jenis barangan atau pakaian, pasti anda akan mementingkan aspek keselesaan ketika memakainya.

Namun buat segelintir golongan B40, keselesaan menjadi perkara nombor dua, sebaliknya harga yang menentukan sama ada anda akan membeli barang tersebut.

Sejak kebelakangan ini, harga mahal sesuatu produk telah menjadi perdebatan di kalangan masyarakat di mana rata-rata daripada mereka tidak berpuas hati dengan kos yang semakin meningkat.

Baca Artikel Berkaitan: “Kalah Dekat Mall” – Netizen Persoal Harga Makanan Di Food Festival Sangat Mahal


Usahawan Jual Kopiah RM75

Baru-baru ini tular satu perkongsian di laman TikTok (@beymad_) apabila seorang usahawan menerangkan mengapa produk kopiah keluarannya dijual agak mahal berbanding harga di pasaran.

Bagi membalas persoalan orang ramai, dia berkata kopiah tersebut dijual pada harga RM75 kerana kualitinya jauh berbeza daripada jenama lain.

Menurut Yusof, kopiah keluarannya terdiri daripada 13 lapisan dan tahan lasak selain tidak boleh dilipat seperti mana kopiah yang lain.

Dia bukan jenis lipat-lipat. Dia memang terletak macam ni. Tak boleh nak lenyek-lenyekkan dia (kopiah).

Ahmad Yusof.

Sementara itu, usahawan tersebut juga menegaskan bahawa sesiapa sahaja yang memakai kopiah itu tidak akan berasa sakit di bahagian kepala kerana ianya tidak terlalu ketat.

@beymad_ Membalas kepada @Budak baik ♬ Epic Inspiration – DM Production

Netizen Tak Setuju Kaedah Pemasaran Guilt-Trip

Perkongsian oleh Yusof itu kemudian mendapat perhatian pengguna X (Twitter) selepas dimuat naik semula oleh seorang pemilik akaun Jalal Misai.

Namun rata-rata netizen kurang bersetuju dengan apa yang diperkatakan olehnya kerana dia disifatkan telah menggunakan taktik guilt-trip marketing dalam mendapatkan pelanggan.


Ramai Persoal Kenapa Bandingkan Pakaian Mewah Dengan Kopiah

Ini selepas dia membuat perbandingan cara orang ramai menghabiskan wang apabila sanggup berbelanja lebih demi mendapatkan pakaian mahal serta mewah tetapi berkira dengan kopiah bernilai RM75 itu.

Kita beli kasut mahal-mahal letak dekat kaki boleh pula. Takkan kopiah RM70 atau RM80 nak letak dekat kepala macam-macam bunyi. Beli baju raya RM100 lebih boleh. Kopiah nak pakai buat ibadah, nak pakai segak-segak tak perlu berkiralah.

Ahmad Yusof.

Harga Kopiah RM75 Terlalu Mahal

Sementara itu, ramai juga mempertikaikan harga kopiah yang mahal tersebut dan berkata kopiah yang boleh dilipat lebih memudahkan para pengguna.


“Mungkin Korang Bukan Target Market Dia”

Walau bagaimanpun, segelintir warganet berpendapat bahawa usahawan itu mempunyai hak untuk meletakkan berapa nilai untuk kopiah jenamanya.

Malah ada yang merasakan pihak yang tidak bersetuju dengan harga tersebut bukanlah target market usahawan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Beli Air Green Tea Di Thailand Hanya RM3, Netizen Persoal Kenapa Harga Di Malaysia Begitu Mahal

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kecewa, Pelanggan Anggap Nasi Ayam RM3 ‘Mahal’ [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd