“Kau Letak Kari Kenapa?” – Wanita Kecewa Peniaga Bazar Ramadan Jual Tauhu Bergedel Inti Karipap
Menurut wanita dikenali sebagai Faeza, dia berasa tertekan melihat tauhu bergedil yang dibeli di bazar Ramadan dijual dengan inti karipap iaitu kentang masak kari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bersempena bulan ini, bazar Ramadan telah kembali meriah di seluruh negara dengan pilihan juadah yang pelbagai sehingga membuatkan orang ramai rambang mata.
Namun begitu, pada setiap tahun pasti timbul isu di mana makanan atau minuman dijual di bazar kurang berkualiti sehingga menyebabkan para pelanggan mengeluh dan tidak berpuas hati.
Seperti sebelum ini, seorang wanita terkejut melihat tekstur kuih pulut panggang yang dibeli keras seperti kayu. Malah, pulut tersebut juga telah hangus di bahagian bawahnya.
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa, Beli Pulut Panggang Tapi Keras Macam Kayu Api [Video]
Wanita Kecewa Beli Tauhu Bergedil Inti Karipap
Kejadian lebih kurang sama telah berlaku kepada seorang pengunjung bazar pada hari pertama berpuasa (12 Mac).
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@mamifaezaglowqueenz_), seorang wanita dikenali sebagai Faeza telah meluahkan kekecewaannya sebaik mengetahui juadah dibeli tidak dapat seperti yang diharapkan.
Faeza yang membeli tauhu bergedil terkejut apabila mendapati isinya adalah kentang dimasak kari iaitu inti kepada kuih karipap.
Kebiasaannya tauhu bergedil akan diisi dengan inti kentang lenyek yang digaulkan bersama daging atau ayam cincang dan beberapa rempah ratus lain seperti daun sup serta bawang goreng.
Minta Peniaga Jangan Jual Jika Tak Reti Sediakan Juadah
Faeza dalam masa sama berkata peniaga bazar tidak sepatutnya menjual juadah yang mereka sendiri tidak tahu kaedah penyediaan dan cara untuk memasak.
Ni tauhu bergedil ke karipap? Boleh tak jangan tipu orang. Kalau nak jual karipap, jual je karipap. Tetapi janganlah mix. Aduh stres betullah.
Faeza.
Wanita tersebut berasa berang dengan situasi itu sehinggakan dia meluahkan hasrat untuk kembali ke gerai sama di bazar untuk berjumpa dengan si penjual.
@mamifaezaglowqueenz_ bazar ramadhan day 1! haha tobat lah geram..ini namanya TAUHUPAP!!!! #tauhubegedil #bazarramadhan ♬ original sound – mamifaezaGLOWQUEENZ_
Reaksi Netizen Lihat Tauhu Bergedil Isi Karipap
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa terhadap peniaga bazar yang tidak serius dalam berniaga.
“Kita beli makanan bazar Ramadan atau pasar mana-mana sebab nak support tetapi kadangkala tidak berbaloi pula. Banyak yang pelik-pelik terjadi, ayam goreng tak masak, nasi dan kuih-muih basi,” kata seorang wanita.
Dalam pada itu, sesetengah individu juga menceritakan pengalaman buruk yang dilalui oleh mereka ketika mengunjungi bazar Ramadan sebelum ini.
“Dah pernah kena. Dia (peniaga) goreng bergedil dengan bancuhan tepung beras. Keras, rasa nak tercabut gigi,” ujar seorang netizen.
Oleh disebabkan juadah yang tidak memuaskan dari bazar, ramai di kalangan warganet tidak lagi mengunjungi ke lokasi tersebut dan memilih untuk menyediakan makanan sendiri di rumah.
“Saya buat sendiri lagi sedap. Dah 4 tahun aku tak pergi bazar ni. Rugi duit je. Baik buat sendiri, puas dan sedap nak makan sekeluarga. Boleh sedekah lagi dekat jiran,” jelas seorang individu.
Peniaga Bazar Jual Karipap Berlendir
Pada tahun lalu, turut tular satu hantaran di mana seorang pelanggan berasa kesal selepas menyedari karipap yang dibeli berlendir dan berkulat.
Bila dibuka satu-satu karipapnya, memang semua inti berkulat, dengan pakej bau sampah! Seumur hidup saya ini makanan yang paling teruk yang pernah saya beli. Bukan setakat berlendir rasa masam atau basi, tapi ni dah sampai tahap berkulat, macam dah 3 ke 4 hari punya karipap yang tak habis tapi digoreng semula.
Emma Razali.
Dia meluahkan kerisauannya sekiranya makanan tersebut turut dimakan oleh kanak-kanak serta ibu mengandung dan akan membahayakan kesihatan golongan tersebut.
Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tercemar serta rosak.
- Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
- Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
- Facebook BKKMHQ.
- Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
Baca Artikel Berkaitan: “Karipap Sampah!” – Wanita Ini Luah Rasa Kesal Karipap Dijual Pakej Dengan Inti Berlendir & Berkulat
Baca Artikel Berkaitan: Ramadan 2024: Para Peniaga, Ini Pesanan Ringkas Buat Anda Semua
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram