Now Reading
Diperbuat Dari 99% Udara, Ini Fakta Tentang ‘Air Swipe Bag’ Dari Jenama Coperni

Diperbuat Dari 99% Udara, Ini Fakta Tentang ‘Air Swipe Bag’ Dari Jenama Coperni

‘Air Swipe Bag’ dari jenama Coperni ini dihasilkan menggunakan ‘nanomaterial silica aerogel’ yang merupakan bahan pepejal paling ringan di dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini, pelbagai jenis fesyen yang direka di seluruh dunia. Walaupun reka bentuknya agak pelik tetapi masih ada individu yang membelinya.

Kita sebagai orang biasa kadangkala ternganga jugalah melihat harga sesetengah barangan yang mahal ini.

Ini kerana ada juga yang dijual pada harga tidak masuk akal dek kerana jenamanya yang gah dan dikenali dalam dunia fesyen.

Namun, ada juga barangan pada harga yang tinggi berkemungkinan kerana menggunakan bahan berkualiti atau unik seperti material kanvas kalis air, PVC kalis api dan sebagainya.


Beg Diperbuat Daripada Udara Dan Kaca

Berbicara tentang rekaan dengan bahan yang unik, sebuah jenama dari Paris iaitu Coperni telah mencipta sebuah beg tangan yang ternyata lain daripada lain.

Sumber: Instagram @coperni

Pereka jenama Coperni baru-baru ini telah mengeluarkan beg tangan dinamakan sebagai ‘Air Swipe Bag’ yang diperbuat daripada 99% udara dan 1% kaca.

Beg ini bersaiz 27cm x 16cm x 6 cm dan beratnya hanya 33 gram. Jika anda melihat beg tersebut, ia seolah-olah bersifat ‘transparent’ dan terapung.

Memetik Harpers Bazaar, koleksi beg itu yang dihasilkan bagi musim luruh dan sejuk 2024 telah menggunakan ‘nanomaterial silica aerogel’ dari National Aeronautics and Space Administration (NASA) yang merupakan bahan pepejal paling ringan di dunia.

Sumber: Instagram @coperni

Sebelum menjadi ‘ramuan’ terbaharu dalam bidang fesyen, bahan tersebut digunakan oleh NASA untuk mengumpul habuk bintang kerana ia boleh menahan haba yang tinggi dan tekanan sebanyak kali 4,000 ganda dari beratnya.

Dengan bantuan Profesor Ioannis Michaloudis yang membangunkan rekaan ini, ‘Air Swipe Bag’ adalah objek terbesar yang pernah dibuat daripada bahan nano teknologi angkasa.


Beg Ini Boleh Digunakan Macam Beg Lain Ke?

Mesti ramai yang terfikir, beg yang diperbuat daripada udara ini boleh ke berfungsi seperti beg-beg lain, atau hanya sebagai hiasan sahaja?

Sumber: Instagram @coperni/ TikTok @savoirflair

Coperni menjelaskan bahawa pengguna ‘Air Swipe Bag’ boleh meletakkan telefon bimbit di dalam beg berkenaan.

Ringan, mampan dan futuristik adalah ciri-ciri yang dimiliki jika ada yang bertanya tentang gambaran mengenai ‘Air Swipe Bag’ dari jenama Coperni.


Latar Belakang Jenama Coperni

Coperni iaitu jenama ‘Ready-To-Wear’ dari Paris yang mempersembahkan pakaian bersifat minimal dan ‘clean-cut’ telah diasaskan pada tahun 2013 oleh dua orang individu iaitu Sébastien Meyer serta Arnaud Vaillant.

Dinamakan sempena ahli astronomi Prusia iaitu Nicolaus Copernicus, jenama Coperni lebih ke arah futuristik, revolusi dan fesyen yang tidak terjangka.

Memetik laporan Elle pada tahun 2022, antara koleksi mereka yang mendapat perhatian ramai adalah sebuah dress dipakai oleh artis popular antarabangsa iaitu Bella Hadid yang diperbuat daripada gentian cecair dipanggil sebagai Fabrican.

Sumber: Emirates Women/ Complex

Bahan Fabrican itu Ia terikat bersama dengan polimer, polimer bio dan pelarut yang lebih hijau. Apabila ia menyentuh permukaan (iaitu Bella Hadid), pelarut ini tersejat.

Unik kan?

Baca Artikel Berkaitan: Balenciaga Jual Skirt Tuala Mandi Harga RM4,000, Terbeliak Mata Netizen!

Baca Artikel Berkaitan: 5 Harga Barang Jenama ‘High End’ Ini Akan Buat Anda Ternganga


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd