5 Harga Barang Jenama ‘High End’ Ini Akan Buat Anda Ternganga
Kalau anda terfikir untuk berbelanja dengan gaya ‘shop till drop’, ini adalah senarai barangan yang sesuai.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Percaya tak kalau kami cakap jumlah kos untuk persiapan sambutan Hari Raya boleh sama seperti harga seutas rantai emas? Tetapi bergantung juga kalau itulah pilihan yang anda buat untuk tampil lebih bergaya pada Raya tahun 2024 ini.
Bagi mereka yang mengggemari barangan fesyen, memang ternganga jugalah melihat harga sesetengah barangan yang mahal ini.
Kalau anda ada rancangan untuk ‘shop till drop’ sehingga akaun di dalam bank tinggal dua angka, jom kami senaraikan beberapa barangan fesyen yang anda boleh beli.
Antaranya:
#1. Kaftan

Bila sebut kaftan, mesti anda sudah biasa melihat pakaian ini digayakan oleh para wanita kan?
Tetapi kaftan ini bukan biasa-biasa kerana Evening Silk Dress dari jenama Rianna + Nina ini dijual dengan harga T20 iaitu sekitar RM24,838.
Seiring dengan harga yang mahal, Evening Silk Dress ini akan memberikan keselesaan yang berkualiti dengan rekaannya tersendiri.
Tapi agak mencabar juga untuk justifikasi harganya yang mahal kalau suami kita tanya. Boleh termenung kejap.
#2. Pengepit Rambut

Dengan adanya hiasan aksesori tambahan seperti pengepit rambut yang menyerlah, barulah boleh nampak ‘classy’ waktu hari Raya nanti.
Sebelum ini anda selalu beli dengan harga murah je kan? Pernah tak survei dari jenama Gucci?
Tahu tak, Gucci pun ada juga pengepit rambut dengan hiasan kristal iaitu sekitar harga RM2,455 (AS$519).
Sesetengah orang akan rasa macam ia adalah satu kerugian jika membuat pembelian ini, tetapi segelintir pihak pula menganggap aksesori berkenaan adalah satu keperluan.
#3. Gelang Tangan

Satu lagi aksesori yang menarik perhatian ramai adalah Ambush Zip Tie Bracelet dari jenama END yang dijual dengan harga RM1,1413 (US$435).
Walaupun idea untuk memiliki barangan mahal agak tidak masuk akal, tetapi ada juga sesetengah individu yang merasakan ia sebagai barangan yang mereka perlu ada.
Pada tahap ini, anda sudah boleh berlawan dengan makcik ala-ala Mami Jarum, sama ada gelang emas mereka atau Ambush Zip Tie Bracelet yang lebih mahal.
#4. Dompet Dan Beg Clutch

Jenama Valentino Garavani telah menarik perhatian apabila tampil dengan beg clutch Minaudiere Mini dengan harga jualan sekitar RM21,000 (€4,119).
Beg ini yang dipenuhi dengan batu permata mungkin boleh digunakan sebagai alat perlindungan untuk anda?
Tetapi selepas melihat saiz clutch ini, kami tak pasti barang apa yang boleh dimasukkan di dalam beg ini.
#5. Pelitup Muka

Salah satu lagi ‘keperluan’ yang agak ‘mind-blowing’ adalah pelitup muka dari jenama Balmain’.
Disebabkan waktu hari Raya nanti kita banyak bergerak ke sana sini, jadi ia agak penting untuk menjaga kesihatan diri. Tapi alang-alang itu, apa kata kita buat dengan gaya yang lebih ‘stylish’?
Balmain Logo Intarsia Face Mask ini dijual dengan harga RM1,100 (US$232.37).
Ada yang anggap pelitup muka ini terlalu mahal, tetapi memang ia tidak dinafikan. Mungkin mereka mengambil kata-kata ‘health is wealth’ dengan serius?
Baca Artikel Berkaitan: Balenciaga Jual Skirt Tuala Mandi Harga RM4,000, Terbeliak Mata Netizen!
Baca Artikel Berkaitan: Beg Tote Balenciaga Jadi Topik Hangat, Dijual Dengan Harga RM8K Tapi Netizen Samakan Dengan Laundry Bag
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.