Now Reading
Mahu Miliki RM1 Juta Dalam Akaun KWSP? Ini 5 Tips Berguna Untuk Ahli Mulai Praktik

Mahu Miliki RM1 Juta Dalam Akaun KWSP? Ini 5 Tips Berguna Untuk Ahli Mulai Praktik

Individu lelaki berusia 45 tahun ini merupakan seorang pekerja IT di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, pada 3 Mac lalu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 5.5% dan 5.4% untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2023.

Ia melibatkan pengagihan terkumpul RM57.81 bilion masing-masing RM50.33 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM7.48 bilion lagi buat Simpanan Shariah.

Sebagai rekod, kadar tersebut adalah lebih tinggi berbanding 2022 iaitu 5.35% bagi Simpanan Konvensional dan 4.75% untuk Simpanan Shariah. Pembahagian dividen berkenaan dalam masa sama akan memanfaatkan lebih 16 juta ahli KWSP.

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Peningkatan Dividen KWSP 2023


Lelaki Umur 45 Tahun Miliki RM1 Juta Dalam Akaun KWSP

Tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini topik dividen KWSP dilihat hangat diperbahaskan di media sosial setelah pengagihan dividen dimaklumkan. Skrol sahaja di Facebook, atau X (Twitter), pasti ada sahaja topik yang diutarakan.

Mengulas lanjut, baru-baru ini, satu perkongsian menerusi Facebook Nur Fadhli Bassar telah tular selepas ianya dimuat naik pada dua hari lalu (5 Mac 2024).

Apa yang membuatkan orang ramai terkesima, seorang individu lelaki berumur 45 tahun bekerja dalam bidang IT di Kuala Lumpur kini memiliki simpanan sebanyak RM1 juta dalam akaun KWSP miliknya.

Terkejut? Ya, kami pun.

“Sesungguhnya ada simpanan 1 juta dalam KWSP untuk orang biasa itu benar. Tengok ni, penyata milik seorang ketua keluarga dalam circle aku, umur 45, kerja bidang IT di KL.

“Dia pergi balik kerja naik motor saja pasal tak nak sangkut dalam traffic jam. Grad umur 23 terus kerja dan macam orang lain juga ada keluarkan duit dari Akaun 2 untuk beli rumah.

“Macam mana dia boleh kumpul sejuta dalam KWSP? Daripada apa yang dia bagi tau aku, semua orang boleh buat. Pertama, mesti ada kerja yang stabil dan gaji yang cukup.” jelasnya.


Caruman Dalam KWSP Sentiasa Naik Peratusan & Tak Pernah Sentuh (Withdraw)

Jelasnya lagi, individu itu juga mencarum menerusi KWSP. Malah, carumannya sentiasa menaik bermula daripada 11%, 12% dan kini 13%. Majikannya juga turut mencarum namun tidak diberitahu berapakah peratusan yang diterima.

“Ketiga, dia tak sentuh duit KWSP jika tak perlu. Tengok masa PKP dulu berapa ramai terkesan. Dia steady, maka aku beranggapan dia ada simpanan kecemasan yang cukup.

“Keempat, dia tingkatkan caruman dengan cara tinggikan gaji dengan cara job hopping (boleh minta gaji lebih tinggi daripada majikan baru). Dia dah tukar majikan 8 kali.

“Kelima, dia bayar zakat (wajib dan untuk cari keberkatan). Bila berkat, Tuhan tambah lagi. Dan aku assume dia ada juga buat projek sedekah jariah yang lain,” jelasnya.


Simpan Secara Berterusan & Sentiasa Berdisiplin

Mengulas lanjut, Nur Fadhli menerusi hantaran sama memaklumkan bahawa tujuan dia menulis adalah untuk menekankan berapa pentingnya menyimpan secara berterusan dan berdisiplin.

“KWSP bagi dividen 5.4% untuk 2023 jadi nanti dia dapat 54154. Kalau dia dah pencen, maknanya tahun ni dia boleh belanja 4512 sebulan (54154 / 12), makan duit dividen je, duit pokok sejuta tu tak payah usik pun. Tenang je hidup.

“Ini baru umur 45, kalau dia pencen umur 60, boleh cecah lebih 2 juta dalam KWSP dia, ada harapan merasa pencen 10000 sebulan dan duit pokok 2 juta tu tak luak langsung.

“Jutawan senyap macam ni ramai tapi mereka humble dan low profile. Kita ambil semangat mereka. Kalau belum mula lagi, malam ni pasang niat dan mimpi dulu, esok jalankan.

“Wallahua’lam.”


Hukum Menyucikan Dividen Konvensional KWSP

Pihak KWSP di dalam kenyataannya berkata pencarum beragama Islam dinasihatkan agar melakukan penyucian terhadap dividen konvensional.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, keputusan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam menjelaskan bahawa wang dividen konvensional KWSP yang diterima sebelum bertukar ke Simpanan Shariah tidak perlu dibersihkan.

Ini adalah kerana ahli tiada hak untuk mengurus simpanan mereka. Sebaliknya, simpanan hanya akan menjadi hak milik pencarum setelah capai had umur ditetapkan.

Pertukaran ke akaun Simpanan Shariah boleh dilakukan di pejabat KWSP.

Keputusan untuk melakukan penyucian dividen konvensional KWSP adalah atas pilihan ahli sendiri. Anda juga boleh mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing.

Pencarum Islam juga dinasihati agar segera bertukar ke Simpanan Shariah.

Baca Artikel Berkaitan: Penyucian Dividen Konvensional KWSP 2023 66%, Ini Cara Bersihkan Bagi Pencarum Islam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd