Netizen Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Peningkatan Dividen KWSP 2023
Semalam (3 Mac), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 5.5% dan 5.4% untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2023.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (3 Mac), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 5.5% dan 5.4% masing-masing untuk Simpanan Konvensional serta Simpanan Shariah bagi tahun 2023.
Ia melibatkan pengagihan terkumpul RM57.81 bilion masing-masing RM50.33 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM7.48 bilion lagi buat Simpanan Shariah.
Kadar tersebut adalah lebih tinggi berbanding 2022 iaitu 5.35% bagi Simpanan Konvensional dan 4.75% untuk Simpanan Shariah. Pembahagian dividen berkenaan dalam masa sama akan memanfaatkan lebih 16 juta ahli KWSP.
Baca Artikel Berkaitan: EPF Announces 5.5% Dividend Rate For 2023, 5.4% For Syariah Savings
Netizen Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Peratusan Dividen Yang Meningkat
Namun begitu, hebahan peratusan dividen yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP Ahmad Zulqarnain Onn itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Rata-rata orang ramai di laman X (Twitter) telah meluahkan rasa kurang senang dengan kadar pengagihan dividen walaupun peratusannya lebih tinggi berbanding tahun 2022.
Need to do better, average return.
— Han Leong (@nghanleong) March 3, 2024
Disappointing!!!!
— HumansAreEqual (@oyk8) March 3, 2024
Memandangkan KWSP sebelum ini memaklumkan bahawa prestasi pada suku pertama hingga ketiga 2023 “adalah begitu baik”, peningkatan sebanyak 0.15% menerusi kadar simpanan konvensional nampaknya tidak dapat diterima orang ramai.
Ramai di kalangan netizen mengharapkan dividen yang lebih tinggi berbanding kadar pulangan 5.5%.
Previously posted Q1-Q3 ‘24 performance so good – how come only 0.15% better than last year ??
— margaretc (@cttmeg) March 3, 2024
Very disappointed with the dividend considering the fact that EPF did very well for the first 9 months of 2023. And the final quarter saw global markets performed very well. Hence, would have expected way better dividends than 5.5%.
— Alex Chai (@alexchaish) March 3, 2024
Ada Yang Minta KWSP Tunjuk Butiran Keuntungan Pelaburan
Dalam pada itu, seorang individu dilihat menzahirkan ucapan tahniah atas prestasi baik walaupun masih kecewa dengan dividen yang diumumkan.
Sebagai ahli KWSP, lelaki itu meminta butiran keuntungan pelaburan dan keputusan pengagihan itu dikongsikan secara terbuka kepada orang ramai.
Foremost, congrats for another good year. But since EPF is accountable to its members, as a member, I would like to request the detail of 2023 investment profit to be made transparent to the public. And the decision of the level of distribution and retained income. Terima kasih.
— Derick Khoo (@dk_derick72) March 3, 2024
1. Asking how @KWSPMalaysia differentiate convntional & syariah investmnt scheme & related profit distributn.
— conrad (@conrad_5) March 3, 2024
2. Pls share brkdown of profit attain in both this scheme relative to total savings by contributrs?
3. How much retain profit fr convntional & syariah for yr close 2023.
Mengulas lanjut, ramai juga di kalangan warganet yang dilihat bersyukur serta berpuas hati dengan peratusan dividen pada tahun 2023.
“Alhamdulillah. Jalan ke arah persaraan yang lebih awal,” ujar seorang individu.
Alhamdulillah. Road to early retirement.
— chill (@_soultz_) March 3, 2024
Alhamdulillah, InsyaAllah warga KWSP dipermudahkan seterusnya.
— mnrohani (@mnrohani1) March 3, 2024
Netizen Galakkan Orang Ramai Tukar Simpanan KWSP Kepada Syariah
Bagi kadar dividen Syariah, ramai yang gembira dengan peningkatan sebanyak 0.65% daripada tahun 2022. Oleh disebabkan itu, segelintir pengguna media sosial telah menggalakkan rakyat untuk menukar simpanan KWSP mereka daripada konvensional kepada syariah.
Seorang wanita meluahkan rasa gembira melihat dana syariah adalah sama kompetitif dengan dana konvensional.
“Gembira lihat Simpanan Shariah pun berdaya saing dan pulangannya hampir seperti Konvensional. Kedua-duanya lebih tinggi daripada ASB. Orang Islam yang tak tukar lagi dana KWSP mereka kepada syariah boleh berbuat demikian,” jelas seorang wanita.



Bagaimanapun, seorang lagi berkata adalah mengejutkan apabila melihat dana syariah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada Dana Konvensional.
“Serius fikir ia akan menjadi sekurang-kurangnya 5.8%. Ini mengecewakan. Satu lagi yang mengejutkan ialah Syariah. Satu lompatan besar dari tahun lepas. Saya ada isu kepercayaan dengan KWSP sekarang,” komen individu berkenaan.
Seriously thought it's gonna be at least 5.8%. So this disappointing. Another shocker is the Shariah one. Such a huge jump from last year. What book did you cook to get that number. I have trust issue with EPF now.
— Taevil (@Taevil4) March 3, 2024
Caruman KWSP Bagi Penjawat Awam Masih Dipertimbangkan
Bagaimana pula dengan cadangan caruman KWSP untuk penjawat awam? Ahmad Zulqarnain berkata perkara itu masih dalam pertimbangan dan akan dibahaskan sama ada akan berlaku perubahan dasar.
Jelas Ahmad Zulqarnain, mungkin tidak ada sebarang perubahan besar sekiranya kumpulan tersebut menjadi ahlinya.
Memandangkan bilangan penjawat awam baharu yang menyertai sektor awam adalah lebih rendah daripada ahli semasa KWSP daripada sektor swasta, KWSP tidak perlu membuat banyak perubahan.
Baca Artikel Berkaitan: 6.3 Juta Ahli KWSP Bawah 55 Tahun Hanya Ada Baki Simpanan Kurang RM10,000
Baca Artikel Berkaitan: EPF Dividends On The Rise: Predictions Point To A Prosperous Payout
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram