Now Reading
“Adik Dah Besar” – Anak Nangis Lepas Bapa Hadiahkan Telefon Pertama Sempena Tamat SPM

“Adik Dah Besar” – Anak Nangis Lepas Bapa Hadiahkan Telefon Pertama Sempena Tamat SPM

Difahamkan, bapa kepada Nasuha turut memberikan telefon pertama kepada adik beradik yang lain selepas mereka tamat alam persekolahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam zaman yang moden ini, masyarakat setempat tidak lagi terlepas daripada menggunakan gajet canggih dalam urusan harian. Ia bukan sahaja diguna pakai oleh orang dewasa, malah golongan muda juga tidak terkecuali.

Trend tersebut boleh dilihat dengan jelas sewaktu bermulanya pandemik Covid-19 di mana rata-rata murid sekolah menggunakan telefon serta komputer riba untuk menyertai kelas secara atas talian.

Namun siapa sangka, sehingga kini masih ada di kalangan murid yang masih belum mempunyai telefon pintar mereka tersendiri.


Anak Menangis Terima Hadiah Telefon Pertama Dari Bapa

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@profmas_positive), menyaksikan momen gembira buat seorang murid sekolah yang baru sahaja menamatkan alam persekolahannya.

Menerusi klip video berkenaan, kelihatan seorang murid perempuan dikenali sebagai Nasuha telah menerima hadiah istimewa daripada ayahnya sempena tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada awalnya, si ayah hanya mengucapkan tahniah atas kejayaan anak yang berjaya habis sekolah. Namun riak wajah Nasuha kemudian bertukar selepas si ayah membuat kejutan dengan memberikan sebuah model iPhone kepadanya.

Sumber: TikTok (@profmas_positive)

Nasuha juga dilihat teruja dengan hadiah diperoleh malah menjerit sekuat hati melihat telefon baru di atas meja.

“Adik tak pernah ada telefon sendiri,” kata Nasuha kepada ayahnya sambil mengalirkan air mata.


Adik Beradik Nasuha Berdepan Situasi Sama

Selepas mengucapkan terima kasih dengan mencium dan memeluk bapanya, Nasuha dilihat masih menangis kerana tidak sangka dengan hadiah yang ditunggu-tunggu sepanjang 18 tahun.

Difahamkan, adik beradik Nasuha yang lain juga berdepan dengan situasi sama di mana mereka hanya diberikan telefon selepas tamat sesi persekolahan.

@profmas_positive Apabila Nasuha dapat h/phone sendiri selepas tamat SPM 🤣 #profmas #psikologi #psikologiindonesia #kesihatanmental #keibubapan #spm #foryoupage ♬ original sound – PROF MAS POSITIVE 💕🌷

Reaksi Netizen Lihat Anak Perempuan Dapat Telefon Pertama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bergembira dan mengucapkan tahniah atas kejayaan Nasuha. Ada juga individu yang menyifatkan ibu bapa Nasuha sebagai seorang penjaga yang menitik beratkan kejayaan anak-anak.

“Kebanyakan yang tiada telefon sampai SPM ni selalunya mak ayah ikhlas nak anak-anak berjaya. Weh aku nangis. Tahniah, semoga berjaya dunia akhirat,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@profmas_positive)

Malah, ramai juga yang tidak menyangka golongan muda pada zaman kini masih belum mempunyai telefon mereka tersendiri.

“Lah ingatkan dah tiada macam ni. Kebanyakan orang ramai sudah ada telefon walaupun mereka budak lagi. Memang respect,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@profmas_positive)

Sementara itu, segelintir murid berkata mereka berasa menyesal kerana terbiasa dengan penggunaan telefon sejak kecil.

“Cemburunya ibu bapa dia (Nasuha) didik macam ni. Saya nak ambil SPM tahun ini, rasa menyesal juga belajar ada telefon dari kecil. Susah nak fokus belajar bila ada telefon sendiri,” ujar seorang netizen.

Sumber: TikTok (@profmas_positive)

Baca Artikel Berkaitan: “Bawa Balik Bagi Anak Mesti Seronok” – Aksi Tukang Cuci Kutip Mainan Di Tempat Sampah Buat Netizen Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Surprise Bawa Kek Untuk Ibu Ketika Kerja Buat Orang Ramai Terharu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Terharu Anak Hadiahkan Motosikal, Dulu Dijual Untuk Bayar Yuran Kolej


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd