Now Reading
Wanita Tak Sengaja Rempuh Lori Gara-gara Lampu Tiang Jalan Raya & Kenderaan Malap

Wanita Tak Sengaja Rempuh Lori Gara-gara Lampu Tiang Jalan Raya & Kenderaan Malap

Kejadian merempuh lori difahamkan berlaku pada 29 Februari lalu sekitar Aman Perdana Klang, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peraturan jalan raya haruslah dititik beratkan oleh semua pihak bagi menjamin keselamatan bersama.

Namun begitu, sesetengah kemalangan masih tidak dapat dielakkan walaupun si pemandu sudah sehabis baik berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Hal ini berkemungkinan berlaku kerana faktor luaran yang tidak dapat anda bendung seperti kekurangan tiang lampu jalan raya sehingga mampu menyebabkan kemalangan jalan raya.


Pemandu Kereta Tak Sengaja Rempuh Lori Di Kawasan Gelap

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@cikbungazaraa77), menyaksikan detik cemas yang berlaku di antara dua buah kenderaan semasa berada di atas jalan raya.

Menerusi video hantaran, kelihatan sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita dikenali sebagai Zara terlanggar sebuah lori yang masuk daripada persimpangan sebelah kiri jalan raya.

Untuk info, kejadian berlaku di Aman Perdana Klang, Selangor pada 29 Februari lalu.

Insiden itu dipercayai berlaku akibat kekurangan lampu di jalan raya dan lampu lori yang malap sehinggakan Zara secara tidak sengaja merempuh kenderaan berat tersebut.


Mangsa Sakit Di Bahagian Dada & Bahu

Susulan kemalangan tersebut, mangsa berkata dia berasa sakit di bahagian dada dan bahu akibat daripada rempuhan selain daripada dahi serta jari disebabkan oleh airbang kereta (Sistem Pengekangan Tambahan).

Manakala pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

@cikbungazaraa77

kenapa la sang lori ni tak lampun klip ² ke apa ke allahuakbar aku mcm tak caya je aku la langgar lory ni

♬ original sound – CIKBUNGAZARA – CIKBUNGAZARA

Netizen Harap Penggunaan Beacon Light Dibenarkan

Menjengah ke ruangan komen,, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang melihat insiden itu kerana ia mampu mengundang bahaya kepada keselamatan pemandu.

Ada individu yang berkata dirinya juga tidak akan menyedari kewujudan lori tersebut kerana kekurangan tiang lampu di persimpangan.

“Aku tengok beberapa kali pun masih tak nampak lori tu keluar. Dah dekat dua ke tiga meter baru nampak tayar lori tu. Ya Allah semoga akak ni baik-baik sahaja,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@cikbungazaraa77)

Sementara itu, seorang individu dipercayai pemandu lori menjelaskan bahawa mereka tidak dapat memasang lampu terang tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Kami (pemandu lori) nak pasang lampu terang kak, tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak benarkan. Kalau pasang lampu tepi lagi terang, mesti perasan dah. Apa pun semoga dipermudahkan urusan akak,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@cikbungazaraa77)

Dalam pada itu, ramai di kalangan pengguna TikTok berharap pihak berkuasa membenarkan penggunaan beacon light (lampu mata arah) atau lampu sisi untuk kenderaan berat bagi menjamin keselamatan bersama.

“Kadangkala beacon light sangat membantu di kawasan gelap. Sepatutnya JPJ dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mewajibkan penggunaan beacon light pada kenderaan berat,” kata seorang warganet.

Sumber: TikTok (@cikbungazaraa77)

Kenderaan Persendirian Tak Dibenarkan Pasang Lampu Beacon

Kalau anda nak tahu, lampu mata arah (Beacon Light) merupakan satu lampu penanda amaran pelbagai warna dan dikategorikan sebagai komponen aksesori yang dipasang di atas bumbung atau bahagian atas sesebuah kenderaan.

Lampu tersebut bertujuan untuk memperingatkan pengguna jalan raya yang lain bahawa mereka perlu memperlahankan kenderaan, berhati-hati dan berwaspada semasa berada di sesuatu kawasan.

Sumber: Pexels

Namun begitu, kenderaan kegunaan persendirian tidak dibenarkan memasang alat tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Cubaan Menyamar Sebagai Polis & Tahan Kereta Di Highway PLUS, PDRM Buru 3 Lelaki

Menurut kaedah 24 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lalulintas Jalan) 1959, hanya kenderaan polis, bomba, ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak haluan (Priority Over Traffic) terhadap mana-mana jalan raya negara ini. 

Sumber: Malay Mail

Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk mengecualikan sebarang kenderaan daripada mematuhi kaedah sedia ada mengikut Kaedah 138 (1) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (pembinaan dan penggunaan) 1959.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Pemandu Proton Saga Bunyikan Siren & Pandu Secara Bahaya Diburu Polis [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Padah Guna Strobe Light, Lelaki 26 Tahun Pandu Vellfire Ditahan Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd