Cubaan Menyamar Sebagai Polis & Tahan Kereta Di Highway PLUS, PDRM Buru 3 Lelaki
Seorang lelaki diekori sebuah kereta didakwa menyamar sebagai pasukan polis ketika berada di Lebuhraya Utara Selatan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Seorang pengguna Facebook, Freeman Gan WT, telah berkongsi pengalaman ngeri diekori oleh sebuah kereta yang didakwa menyamar sebagai pasukan polis. Hantaran yang dibuat dalam bahasa Mandarin telah diterjemah ke bahasa Inggeris oleh isterinya, Grace Hsieh.
Difahamkan Gan sedang dalam perjalanan bersama rakannya dari Singapura ke Genting Highlands ketika berhadapan dengan kejadian tersebut pada 5 Jun. Pada kira-kira jam 5.40 pagi, Gan mendakwa sebuah kereta mulai mengekorinya berhampiran Kulai di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Menurut Gan, dia yakin kereta tersebut mengekorinya berpandukan kadar kelajuan kereta itu yang sering menyamainya.
Kereta itu kemudian mula membuka lampu mata arah biru (beacon light) dan menuju ke sebelah kereta Gan. Penumpang di sebelah kiri pemandu melakukan isyarat tangan meminta Gan memberhentikan keretanya, manakala penumpang di tempat duduk belakang menghalakan lampu suluh ke arahnya.
Gan memberitahu rakannya supaya duduk dengan elok kerana berasa mereka diekori pihak yang menyamar sebagai anggota polis. Gan berkata dia harus memecut laju supaya kereta tersebut tidak dapat memotongnya.
Pada masa yang sama, Gan juga menelefon 999 dan bercakap dengan pihak polis. Pihak polis memintanya supaya tidak berhenti dan segera ke balai polis terdekat jika dia masih diekori kereta tersebut.
Namun begitu, kereta tersebut tidak lagi kelihatan bermula Kilometer 71. Gan dan rakannya kemudian berhenti di sebuah hentian yang sesak pada jam 8.10 pagi untuk sarapan.
@miyomiyo123 #sharingiscaring mohon share supaya semua ambil tahu dan kita terselamat dari penyangak menyamar sebagai polis untuk menyamun & merompak. Kejadian 5/6/2023 di Kulai Highway Johor. Bila ada polis tahan macam ni jangan berhenti. Polis hanya guna kereta pasukan PDRM ketika bertugas. Tak ada polis gila tahan orang macam samseng macam ni. Jangan berhenti. Terus ke tempat orang ramai atau cari balai polis berdekatan. Jangan panik. Semoga kita dilindungi dari ancaman penjenayah #fyp #fypã‚· #viral #fypviralã‚· #fypviral ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Grace berkata lampu isyarat biru yang dipasang juga kelihatan seperti dipasang secara sendiri pada bumbung kereta. Boleh dilihat daripada video bahawa penumpang di sebelah pemandu memegang lampu tersebut supaya tidak jatuh.
Kereta tersebut juga tidak membunyikan sebarang siren apabila meminta Gan memberhentikan keretanya. Menurut Grace, walaupun kereta biasa, jika ia benar-benar kepunyaan pihak polis, kereta tersebut tetap akan mempunyai pembesar suara dan siren.
Polis Keluar Kenyataan Minta Mangsa Tampil Buat Laporan
Berikutan kejadian tersebut, satu laporan telah dibuat oleh seorang anggota polis yang menemui video viral di akaun Facebook Grace pada 1.52pm hari yang sama.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, SUPT Yusof Bin Othman, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku di Kilometer 41.5 PLUS menghala ke utara, iaitu bersebelahan Plaza Tol Sedenak di Kulai. Tiga orang suspek dalam video dipercayai sekumpulan lelaki memakai pelitup muka.
Walau bagaimanapun, mangsa belum membuat laporan rasmi mengenai kejadian tersebut.
Pihak polis daerah Kulai sedang memburu pemilik kenderaan terlibat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyamar sebagai penjawat awam.
Jika didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.