Now Reading
[Foto] Teruja Lihat Pelangi Di Pahang, Pengguna Jalan Raya Sanggup Berhenti Tepi Jalan

[Foto] Teruja Lihat Pelangi Di Pahang, Pengguna Jalan Raya Sanggup Berhenti Tepi Jalan

Kebanyakan pemandu yang dipercayai menggunakan laluan Bentong Bypass tidak ketinggalan untuk melihat sendiri hujung pelangi di kawasan berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali nampak pelangi, mesti kita semua akan teruja kan? Tak kiralah tua atau muda, fenomena alam semula jadi ini akan sentiasa membuatkan orang ramai kagum melihatnya.

Selain di atas langit, pelangi juga kadangkala akan muncul di kawasan yang berhampiran dengan air terjun dan sering kelihatan selepas hujan.

Umum sedia maklum, umat Islam pastinya akan teruja dengan fenomena berkenaan kerana ia menunjukkan kebesaran Allah SWT dalam setiap ciptaanNya.


Pemandu Berhenti Tepi Jalan Raya Untuk Lihat Hujung Pelangi

Menerusi video dimuat naik di oleh seorang pengguna TikTok (@roslianaazman), wanita ini sempat merakam satu pemandangan yang cukup mengagumkan apabila berpeluang melihat pelangi dengan tujuh lapisan warna.

Lebih mempesonakan lagi apabila pelangi itu dilihat sehingga ke penghujungnya yang berada berhampiran kawasan bertanah dipercayai di laluan Bentong Bypass.

Bukan senang ya nak nampak hujung pelangi!

Oleh kerana tidak mahu melepaskan peluang menikmati pemandangan luar biasa ini, kebanyakan pemandu yang melalui kawasan jalan raya berkenaan memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk mengambil gambar dan video sebagai kenangan.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 3.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Hujung Pelangi

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen turut teruja melihat hujung pelangi yang jarang dijumpai di kawasan berhampiran.

“Seumur hidup aku pernah nampak sekali je hujung pelangi. Indahnya ciptaan Tuhan,” kata netizen.

Keindahan fenomena pelangi ini juga membuatkan sesetengah netizen mengimbau kembali kenangan ketika perlu mengingati warna-warna pelangi mengikut turutan.

Boleh dikatakan macam-macam ayat yang digunakan untuk ingat kesemua warna tersebut, antaranya ‘Michael Jackson Keluar Hotel Balik India Utara’.

Bila ternampak sesuatu yang mengejutkan, mesti kita akan menunjukkan dengan jari kan?

Tetapi ada segelintir netizen yang mendakwa masyarakat zaman dahulu mempercayai bahawa pantang larang apabila melihat pelangi adalah tidak menunjuknya dengan jari kerana bimbang anggota badan tersebut akan kudung.

“Jangan tunjuk, nanti kudung jari,” ujar seorang netizen.

Sumber: TikTok

Bagaimana Terbentuknya Pelangi?

Memetik sumber Majalah Sains, fenomena pelangi ini terbentuk berdasarkan biasan cahaya dan titisan air.

Selain dari hujan, ketika anda menyiram pokok juga boleh berlakunya kejadian alam semula jadi ini, tetapi ia tidaklah sebesar yang dilihat di atas langit.

Sumber: Pexels

Pembiasan cahaya yang pada asalnya berwarna putih akan menghasilkan warna dengan spektrum berbeza mengikut turutan seperti berikut:

  • Merah
  • Jingga
  • Kuning
  • Hijau
  • Biru
  • Indigo
  • Ungu

Fenomena ‘Pelangi Api’

Satu lagi fenomena melibatkan pelangi yang pernah memukau orang ramai iaitu ‘Pelangi Api’ yang dipercayai berlaku di China.

Memetik sumber dari National Geographic, fenomena awan berwarna-warni ini atau nama saintifiknya disebut sebagai ‘Iridescent clouds’ sering berlaku apabila cahaya matahari membelah lapisan air di atmosfera.

Sumber gambar: TikTok @juleko_o

Proses pembelahan lapisan air menyebabkan berlakunya pembiasan cahaya dan menjadikan warna-warna terpisah kepada satu gelombang warna yang berbeza.

Pakar fenomena atmosfera Les Cowley menjelaskan fenomena ‘Pelangi Api’ itu akan muncul pada lewat petang ketika hari sangat panas dan lembap.

Baca Artikel Berkaitan: Video Fenomena ‘Pelangi Api’ Buat Ramai Netizen Terpesona, Raih Lebih 130 Juta Tontonan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd