Now Reading
Ibu Rai Hari Jadi Zayn Rayyan Di Kubur Buat Ramai Sebak

Ibu Rai Hari Jadi Zayn Rayyan Di Kubur Buat Ramai Sebak

Menurut Izz Manaf, dinosaur merupakan haiwan yang disukai oleh arwah Zayn Rayyan selain berharap mereka akan ditemukan di syurga suatu hari nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perginya individu yang yang disayangi merupakan suatu perkara yang berat untuk diterima. Malah ia turut membuatkan seseorang bersedih apatah lagi jika yang meninggal dunia itu adalah anak.

Itulah perasaan yang masih dirasai oleh Izz Manaf iaitu ibu kepada arwah Zayn Rayyan apabila dia dilihat membawa kek hari jadi ke kubur anaknya.

Titipkan surat buat anak tersayang

Perkara itu dikongsikan oleh si ibu menerusi satu hantaran di Facebook miliknya seolah-olah ia adalah seperti sepucuk surat cinta kepada anak tersayang.

Kata Izz hari yang dilalui mereka sekeluarga sedikit kelam selepas ketiadaan Zayn dan jauh di sudut hati, dia masih merasakan kanak-kanak itu sentiasa berada dekat dengannya.

“Kerana pintu kepada memori tidak akan pernah tertutup. Saya merindui awak (Zayn Rayyan) lebih dari segalanya… Semoga kita akan berjumpa lagi.

“Kehilangan awak mematahkan hati saya, dan sebahagian dari diri saya pergi bersama awak sejak Allah SWT menjemput kamu pulang. Berjuta kali saya mengingatinya, berjuta kali juga saya menangis,” tulisnya.

Dia juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada anak yang dilahirkan pada 22 Februari 2017 itu.

Turut nyanyikan lagu, dan harap akan berjumpa nanti

Selain itu, Izz bersama suaminya turut menyanyikan lagu hari jadi buat anaknya.

“Malaikat kecil saya di syurga, awak masih bersinar dalam hati kami dan kami sentiasa akan ingat kasih sayang dan memori awak bawa bersama dalam kehidupan kami selamanya.”

Ibu bawa kek yang dihiasi haiwan Dinosaur

Di Facebook Story, Izz turut memaklumkan kek yang dibawa dengan hiasan haiwan kegemaran arwah Zayn Zayyan iaitu dinosaur.

“Alhamdulillah dapat juga mommy sambut birthday abang hari ini. Haiwan kesukaan abang ialah dinosaur, tu mommy pilih kek dinosaur untuk abang.

“Kalau abang ada ni mesti abang suka sangat-sangat dapat kek dinosaur macam ni, cantikkan abang kek ni,” tulisnya.

Melihat di ruangan balas ramai yang turut mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah Zayn Rayyan.

Ada juga yang sebak dengan luahan tersebut serta mendoakan agar si ibu akan bertemu dengan anaknya di syurga nanti.

Untuk makluman, Zayn Rayyan pada Disember lalu telah dilaporkan hilang dan mayatnya kemudian ditemui pada 6 Disember selepas operasi mencari dan menyelamat dibuat.

Namun kes kanak-kanak ini masih lagi dalam siasatan polis dan suspek juga masih lagi dijejak

“Happy birthday Zayn sayang, damailah di sana ya sayang.. Sabar ya sayang.. Keadilan dan kemenangan pasti akan tertegak untukmu sayang.. masa pasti akan tiba untukmu sayang”

“Cantik indah sejuk mata tengok pusara Zayn.. rindunya anak syurga. Tenang dan damai adik bermain di syurga ya”

Baca artikel berkaitan: “Selamat Bergraduasi, Mommy Bangga”- Ibu Zayn Rayyan Sunting Gambar Bersama Dengan Arwah Anak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd