Now Reading
[Video] “Pandangan Yang Menjengkelkan!” – KLCC Dibanjiri Sampah Sarap, Rakyat Msia Mulai Berang

[Video] “Pandangan Yang Menjengkelkan!” – KLCC Dibanjiri Sampah Sarap, Rakyat Msia Mulai Berang

“Mentaliti sampah rakyat Malaysia dan warga asing yang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina,” kata netizen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, seorang lelaki telah memuat naik satu video viral di mana menunjukkan keadaan kawasan sekitar bangunan ikonik iaitu KLCC Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan timbunan sampah selepas berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai @azwanneyo menerusi aplikasi TikTok, menunjukkan kesan selepas perayaan dengan sampah yang berselerak di sekitar pokok bunga di sekitar Menara Berkembar Petronas.

Pemandangan berkenaan tidak dinafikan mengecewakan ramai pihak, termasuk dirinya yang merakam video pada ketika itu.

“Sampah banyak. Tu lah, banyak sangat warga asing,” jelasnya menerusi video tersebut.

@azwanneyo sambutan hari raya cina ,KL dibanjiri orang warga asing dan sampah sarap,, tahniah malaysia kuu #malaysia #kualalumpur #fyp #wargaasing #anakemas ♬ original sound – Mohamad Azwan

Keadaan ini yang difahamkan telah terjadi selama bertahun-tahun lamanya sekaligus membangkitkan perdebatan masyarakat tempatan tentang keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menjaga kebersihan.

Dalam insiden lain yang dirakam oleh pengguna TikTok @daryl.kl, warga asing dilihat membuka gerai haram untuk menjual jagung panggang di hadapan Menara Berkembar Petronas.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Serik” – Penjaja Jagung Bakar Kembali Beroperasi Depan KLCC Walau Pernah Disita

@daryl.kl #klcc #klcc_malaysia #klcc_twintower #kualalumpur #pavilion #pavilionkl #ampangpark #dbkl #penjajalolo #awaninews #beritaharian #malaysiatiktok #malaysiaviral #malaysiaviral🇲🇾 #tegassetia #malaysiamadani #malaysiamadani🇲🇾🇲🇾🇲🇾 #klbandaruntuksemua #bandarmampanbandarsejahtera #fypシ゚viral @Dr Zaliha Mustafa @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur @🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 @worldofbuzz @saysdotcom @bharianmy ♬ Malaysia Boleh – Namewee

Difahamkan, kebanyakan daripada mereka berasal dari Bangladesh dan Pakistan, yang berduyun-duyun ke KLCC mencari peluang ekonomi.

Walau bagaimanapun, jumlah golongan ini yang dikatakan terlalu ramai telah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Salah Ke Pekerja Asing Kita Jalan-jalan Di KLCC?


Tuntutan Untuk Penguatkuasaan Yang Lebih Tegas

Walaupun sudah berulang kali diusir oleh DBKL, segelintir daripada mereka masih tetap degil dan perkara itu mengundang kemarahan di kalangan orang ramai. Malah ada juga yang memberi ‘cadangan’ bahawa kawasan tersebut sepatutnya diubah menjadi pasar malam untuk menampung golongan ini.

Terdapat seruan kepada DBKL untuk meningkatkan rondaan, menyediakan lebih banyak tempat pembuangan sampah, dan melaksanakan undang-undang pembuangan sampah dengan lebih ketat.

Cadangan dari netizen termasuk pemasangan kamera CCTV dan penugasan pegawai penguatkuasa untuk memantau dan mengenakan denda kepada pelaku yang tidak bertanggungjawab.

Menyediakan lebih banyak pilihan pembuangan sampah juga merupakan sebahagian penting sebagai jalan penyelesaian.

Perkara ini merangkumi tong sampah yang acap kali dikosongkan dan diletakkan secara strategik untuk penggunaan lebih mudah – terutamanya di kawasan yang ramai dikunjungi untuk membeli-belah atau menikmati pemandangan.

Contohnya, di hadapan menara berkembar.

DBKL juga boleh mempertimbangkan stesen kitar semula untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd