Now Reading
Taylor Swift Spore: Airport Changi Adakan Acara Singalong & Beri Gelang ‘Friendship’ Percuma Pada 1 Mac

Taylor Swift Spore: Airport Changi Adakan Acara Singalong & Beri Gelang ‘Friendship’ Percuma Pada 1 Mac

Best believe you’re still beJEWELed!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


“It’s me, hi! I’m the problem, it’s me. At teatime, everybody agrees…”

Lirik yang akan terngiang-ngiang di dalam kepala apabila lagu berjudul Anti-Hero oleh Taylor Swift ini dimainkan di corong radio/Spotify/Apple Music.

Sumber: Page Six

Jika anda adalah peminat tegar Taylor Swift (dari Malaysia) dan tidak sabar untuk menantikan kehadiran penyanyi popular itu untuk membuat persembahan di negara jiran, Singapura nanti – jangan risau sebab…


“Best Believe You’re Still Bejeweled…”

Changi Airport Group (CAG) memaklumkan bahawa pada 1 Mac (Jumaat) nanti pihak mereka akan menjadikan Jewel’s Shiseido Forest Valley sebagai tempat Swifties untuk menghadiri acara ‘singalong’.

Acara ini dijadualkan sehari sebelum Taylor Swift hadir ke Singapura.

Sumber: POP SUGAR

Baca Artikel Berkaitan: Peminat Kecewa Taylor Swift Buat Konsert 3 Hari Di Singapura, Malaysia Tidak Tersenarai

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 1 Juta Pengguna UOB Sertai Pra-Jualan Tiket Konsert Taylor Swift Hari Ini, 5 Julai

Paling menarik, acara ini mungkin antara yang terbesar pernah diadakan di Singapura dan akan diketuai oleh penyanyi tempatan Joie Tan serta band 53A.

Antara lagu-lagu hits yang boleh anda singalong pada acara tersebut adalah:

  • Love Story
  • You Belong with Me
  • Blank Space
  • (and, of course) Bejeweled!

Friendship Bracelet PERCUMA!

Selain mengadakan sesi singalong lagu-lagu popular Swift, CAG juga akan memberikan gelang persahabatan (friendship bracelet), bersama-sama dengan sebungkus manik, kepada semua peserta secara PERCUMA (yay!).

Sumber: USA Today

Untuk rekod, meskipun akan ada tiket untuk acara ini, namun tiada yuran penyertaan/kemasukan dikenakan.

Dan, Taylor Swift tak akan membuat kemunculan, ya. Jangan salah faham.


beJEWELed Night

Sumber: TimeOut
  • Lokasi: Shiseido Forest Valley, Changi Airport.
  • Waktu: 7:30pm – 10pm.
  • Tarikh: 1 Mac 2023

Nak register? JOM.

Pendaftaran mesti dihantar sebelum 18 Februari, 11:59 malam (SGT).

Setiap peserta perlu mengemukakan tiket untuk kemasukan.

Umur minimum untuk kemasukan ialah 7 tahun. Peserta di bawah 12 tahun mesti ditemani oleh ibu bapa atau penjaga, dan kedua-dua peserta memerlukan tiket mereka sendiri.


Ini bukanlah acara rasmi Taylor Swift, dan juga tidak disahkan oleh penganjur konsert Taylor Swift Eras Tour di Singapura. Acara ini dianjurkan semata-mata oleh Changi Airport Group untuk mengalu-alukan Taylor Swift dan peminatnya ke Singapura.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd