Now Reading
Peniaga Kecewa Kuetiau Hancur, Sanggup Buang 50 Paket Demi Jaga Kualiti

Peniaga Kecewa Kuetiau Hancur, Sanggup Buang 50 Paket Demi Jaga Kualiti

Jelas peniaga dikenali sebagai Oppa Zuzu, dia terpaksa membuang kuetiau hancur itu agar pelanggan yang kunjungi restorannya berpuas hati.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang pelanggan restoran, sudah tentu anda mahu menerima hidangan yang sedap dan berkualiti seiring dengan jumlah dibayar. Bagi perspektif seorang peniaga pula, semestinya mereka mahu memberikan terbaik buat pelanggan yang singgah ke kedai makan agar bisnes mereka semakin maju.

Namun begitu, pelbagai faktor mampu menghalang niat tersebut seperti masakan yang dihidangkan berada dalam kualiti teruk dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: “Karipap Sampah!” – Wanita Ini Luah Rasa Kesal Karipap Dijual Pakej Dengan Inti Berlendir & Berkulat


Peniaga Buang 5 Bundle Kuetiau Hancur

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@ezzuchang), menyaksikan seorang peniaga dikenali sebagai Oppa Zuzu sedang membuang lima ‘bundle’ kuetiau bersamaan dengan 50 paket yang belum dimasak ke dalam tong sampah.

Hal ini kerana dia mendakwa kuetiau yang dibeli oleh sebuah jenama hancur dan mempunyai kualiti teruk. Kata peniaga itu, dia masih mempunyai 15 bundle kuetiau yang berkemungkinan rosak di rumah.

Sumber: TikTok (@ezzuchang)

Oleh disebabkan itu, Oppa Zuzu kelihatan sangat kecewa dan berang dengan situasi tersebut sehingga membuang sebiji periuk dan bekas berisi kuetiau ke dalam tong sampah.

“Disebabkan aku stres bila dapat 5 bundle kuetiau macam ni, jadi aku buang je semua yang tak ada kualiti,” katanya.


Peniaga Mahu Pelanggan Puas Hati Dengan Kualiti Makanan

Tambahnya, dia sanggup tidak mengambil sebarang pesanan kuetiau daripada pelanggan di kedai miliknya buat sementara waktu demi menjaga kualiti makanan yang terbaik.

Tindakan itu juga dilakukan agar pelanggannya sentiasa berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan dari kedai makannya.

Kalau dapat lagi kuetiau macam ni semua aku buang. Apa nak jadi, jadi la. Yang penting pelanggan aku datang makan puas hati.

Oppa Zuzu.

Oppa Zuzu sebelum ini juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelanggan yang sempat makan kuetiau masakannya pada hari pertama Tahun Baru Cina. Ujarnya, tekstur hidangan kuetiau pada hari tersebut seperti nasi yang sudah lembik.

@ezzuchang

Replying to @shahrul94 Disebabkan Aku Stress Bila Dapat 5 Bundle Kuey Teow Macam Ni. So Aku Buang Semua Kuey Teow Yang Tak Ada Kualiti Macam Ni! #ezzuchang #oppazuzu #fyp #foryoupage #foryourpage #tiktokguru #chinesefood #charkueyteow #streetfood #chinesenewyear2024

♬ Taubat – Asyraff69

Kuetiau Rosak Salah Kilang?

Dalam hantaran seterusnya, peniaga itu berkata bahawa kuetiau tersebut masih boleh dimakan dan tidak basi namun berada dalam kondisi yang melekit.

Tegas Oppa Zuzu, dia sendiri akan berasa tidak puas hati dengan hasil masakannya. Dalam pada itu, dia juga berasa risau pelanggannya akan ‘lari’ kerana masakan yang tidak menarik perhatian.

Siapa yang biasa makan kuetiau (di restoran Oppa Zuzu) akan dapat bezakan kualiti makanan saya.

Oppa Zuzu.

Selain itu, peniaga tersebut juga menjelaskan bahawa kualiti kuetiau yang tidak elok adalah kesalahan dari pihak kilang dan bukannya peniaga.

“Sebelum ini saya makan burger dari kedai kawan saya. Selama ni sedap tetapi sekarang roti burger itu nipis, jadi salah siapa? Salah kilang. Tak kan lah peniaga yang buat roti burger,” ujarnya lagi.


Reaksi Netizen Lihat Kuetiau Dibuang

Menjengah ke ruangan komen, ramai di kalangan pengguna TikTok mempersoalkan tindakan membuang tersebut kerana berpendapat Oppa Zuzu boleh memberikan kuetiau itu kepada orang ramai sebagai sedekah.

“Janganlah buang. Saya suka makan kuetiau hancur. Masak lepas itu sedekah dekat orang je lah,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok (@ezzuchang)

Menjawab kepada pertikaian orang ramai, peniaga itu menjelaskan banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum bersedekah kepada orang ramai.

“Banyak sangat 50 paket dah buka. Nak bagi siapa pun belum tentu ada orang nak. Sebab benda (paket kuetiau) dah buka baru tahu kualiti macam itu,” kata peniaga berkenaan.

Sumber: TikTok (@ezzuchang)

Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa perkara dilalui oleh Oppa Zuzu merupakan salah satu cabaran yang perlu ditempuhi sebagai seorang peniaga dalam dunia perniagaan.

“Itulah liku-liku perniagaan. Harap bersabar, mungkin ada hikmah. Akak doa kan adik terus berjaya dunia dan akhirat,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@ezzuchang)

Baca Artikel Berkaitan: Kembang Tekak! Peniaga Ayam Percik Dikatakan Letak Sos Dalam Tong Sampah

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar MRSM Alami Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Rebus ‘Buruk’ Di Dewan Selera


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd