Now Reading
[Video] Kenapa Lantai Dapur Rumah Bangsa India Bersih Berkilat? Ini Sebabnya

[Video] Kenapa Lantai Dapur Rumah Bangsa India Bersih Berkilat? Ini Sebabnya

Menurut Cikgu Param dalam satu sesi podcast, lantai dapur yang bersih di kediaman bangsa India berkait rapat dengan kepercayaan mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum serta budaya dan setiap daripadanya mempunyai kepercayaan masing-masing.

Jikalau anda perasan, setiap kali mengunjungi kediaman masyarakat kaum India, pasti lantai rumah akan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berkilat. Senang cerita, memang susah anda nak lihat habuk bertebaran.


Lantai Rumah Bangsa India Bersih & Berkilat

Situasi itu telah menyebabkan sesetengah individu di luar sana tertanya-tanya bagaimana perkara tersebut berlaku.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@sembangkopiahterbang) menyaksikan satu sesi podcast yang diadakan bersama tetamu jemputan Muhammad Farhan Param atau lebih dikenali sebagai Cikgu Param.

Untuk info, Cikgu Param yang juga merupakan penolong pegawai di Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) adalah seorang mualaf (individu memeluk agama Islam).

Mendedahkan tentang lantai dapur berkilat di rumah orang berbangsa India, Cikgu Param berkata rutin harian utama yang diterapkan oleh golongan berkenaan adalah sapu dan mop lantai sebaik sahaja bangun awal pagi.

Kemudian rutin yang sama diulangi selepas habis sahaja waktu makan tengahari di rumah. Tidak terhenti di situ sahaja, aktiviti pembersihan turut dilakukan menjelang waktu petang pula.

Jelasnya, ada juga di kalangan masyarakat India yang melakukan rutin itu lebih daripada tiga kali sehari.

Sumber: Pexels/Unsplash

Kepercayaan Masyarakat Bangsa India

Menjawab kepada soalan hos yang bertanyakan sama ada ia adalah satu adat, Cikgu Param berkata membersihkan kawasan rumah berkait rapat dengan kepercayaan masyarakat itu.

Seperti mana-mana agama yang lain, aspek kebersihan merupakan perkara yang perlu dititik beratkan dalam kehidupan.

Mana-mana agama pun kita perlu menjaga kebersihan supaya tidak dapat penyakit, rumah kita bersih dan sebagainya.

Cikgu Param.

Mengulas lanjut mengenai topik itu, Cikgu Param mendedahkan kepercayaan kedua kaum berkenaan iaitu rezeki akan bertambah dengan banyak sekiranya rumah berada dalam keadaan rapi serta bersih daripada kekotoran.


Reaksi Netizen Terhadap Perkongsian Kepercayaan Bangsa India

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pandangan dan perkongsian oleh Cikgu Param. Seorang individu dilihat berkongsi pengalamannya hidup berjiran dengan keluarga berbangsa India.

“Jiran aku India hari-hari dia basuh lantai,” kata seorang gadis.

Sumber: TikTok (@sembangkopiahterbang)
Sumber: TikTok (@sembangkopiahterbang)

Sementara itu, ada juga seorang wanita berbangsa India berkata dapur mereka perlulah dibersihkan sebelum tidur.

“Dapur mestilah sentiasa dibersihkan lebih-lebih lagi sebelum tidur. Ini adalah untuk mengelakkan perkara memudaratkan,” ujar wanita itu.

Sumber: TikTok (@sembangkopiahterbang)

Malah, ada juga yang individu Melayu berkata dia mengikuti cara pembersihan yang diterapkan oleh jiran yang kebanyakkannya terdiri daripada bangsa India.

“Aku duduk Sri Muda, jiran India ramai. Cara mereka bersihkan rumah aku ikut. Sumpah selesa duduk dalam rumah sebab bersih sepanjang hari,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@sembangkopiahterbang)

Rutin diterapkan golongan tersebut sememangnya sesuatu perkara yang baik dan wajar dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.

Malah dalam agama Islam juga, aspek kebersihan amatlah dituntut tidak kiralah tentang penjagaan diri, kawasan persekitaran rumah dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: “Kita Satu Malaysia..” – Video Pasangan India Buat Majlis Sanding Ikut Adat Melayu Raih Perhatian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Baju Merah Boleh Halau Roh Jahat? Ini 5 Lagi Kepercayaan Masyarakat Cina Semasa CNY

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Komuniti Bangsa Cina Muslim Perbetulkan ‘Mindset’ Tentang Budaya Mereka Sempena Tahun Baru Cina


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd