Now Reading
Pendakwah Dedah Boleh Minum Air Rendaman Kertas Didakwa Ayat Ruqyah, Tapi Ada Syarat

Pendakwah Dedah Boleh Minum Air Rendaman Kertas Didakwa Ayat Ruqyah, Tapi Ada Syarat

Kepingan kertas yang dipercayai mengandungi ayat ruqyah itu akan direndam di dalam air minuman sebelum dikacau sehingga dakwat mula mencair.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam Islam, terdapat pelbagai cara yang telah diajarkan sebagai ikhtiar untuk diberikan perlindungan dan kesembuhan bagi sesuatu perkara.

Sebagai contoh, umat Islam sering mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran termasuklah surah Yasin di hadapan air minuman.

Baru-baru ini, tular satu lagi cara melibatkan air minuman dan ayat-ayat dikatakan dari kitab suci al-Quran.


Tular Produk Kertas Rendaman Ayat Ruqyah Di Media Sosial

Terbaharu, satu produk telah dipromosikan di media sosial menerusi laman TikTok (@quranfi_) yang melibatkan penjualan kertas rendaman dikatakan mengandungi ayat ruqyah.

Kertas berkenaan telah dijual dalam pek bersaiz kecil bagi memudahkan bahan tersebut direndam di dalam air minuman.

Sumber: TikTok @quranfi_

Selepas kepingan kertas itu direndam, ia akan dikacau sehingga warna pada dakwat tulisan pada kertas terbabit mula luntur sehingga menukarkan warna jernih air ke arah sedikit kebiruan.

Kertas tersebut walau bagaimanapun tidak larut di dalam air minuman, namun mereka mendakwa kertas tersebut bersifat ‘edible’ atau boleh dimakan.


Netizen Keliru Dengan Hukum Penjualan Produk Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan hukum penjualan produk ini yang menggunakan kepingan kertas dipercayai mengandungi ayat ruqyah.

Sesetengah netizen berkata perniagaan ini seolah-olah ‘menunggang agama’ kerana mempergunakan agama untuk melariskan jualan produk.

Malah, netizen juga bertanya sama ada perkara yang dilakukan itu datang daripada perbuatan sunnah atau sebaliknya.

Dalam pada itu, ada jug netizen yang sempat membuat gurauan kononnya mereka mahu membuat aksi yang sama menggunakan buku teks bagi membantu menghafal fakta sebelum menjawab peperiksaan.

“Boleh tak buat untuk kertas Biologi? Saya ada peperiksaan hari Isnin nanti,” kata netizen dalam nada gurauan.

Sumber: TikTok

Ini Pula Respon Dari Pedakwah Bebas Tentang Isu Kertas Rendaman Ayat Ruqyah

Memetik Berita Harian, seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Mohd Meeftah Anuar turut peka dengan isu kemunculan produk kertas rendaman ayat ruqyah itu.

Jelasnya, hukum menggunakan produk sedemikian adalah harus tetapi perlu disertakan dengan iktikad yang betul.

Hukumnya harus, cuma mesti betul iktikadnya yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Kaedah itu hanyalah satu daripada ikhtiar.

Pendakwah Mohd Meeftah Anuar.

Namun penjelasannya itu tidak membawa makna untuk menggalakkan orang ramai membeli barangan tersebut kerana mendakwa tulisan pada kepingan kertas itu tidak jelas kelihatan serta bahan dakwat yang digunakan tidak diketahui.

Sumber: Berita Harian/ TikTok @quranfi_

Berbicara dengan lebih mendalam soal hukum berkaitan perkara ini, beliau memberitahu bahawa terdapat pelbagai pendapat dari ulama berbeza.

Imam Nawawi dalam kitabnya, At Tibyan fi Adab Hamalati al-Quran berkata, ‎ada perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menulis ayat al-Quran pada sebuah bekas kemudian dibasuhkan (bekas itu) dan diberikan minum air basuhan itu kepada orang yang sakit. Selain itu, ulama lain Al Qadi Husain dan Al Baghawiy berpandangan jika dituliskan ayat al-Quran atas manisan, kemudian dimakan sekali pun tidak mengapa (harus).

Pendakwah Mohd Meeftah Anuar.

Oleh itu, beliau menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati sebelum membeli sebarang produk yang mendakwa mereka menggunakan ayat ruqyah.

Baca Artikel Berkaitan: “Tunggang Selagi Boleh” – Penjual Baju Kalis Sihir Undang Kemarahan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd