Now Reading
[Video] Isu Twin Stroller Dalam Lif: Dr Say Beri Peringatan Buat Orang Ramai

[Video] Isu Twin Stroller Dalam Lif: Dr Say Beri Peringatan Buat Orang Ramai

Dr Say Shazril berkata ibu bapa menggunakan twin stroller bagi memudahkan urusan mengawal anak di tempat terbuka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu bapa yang membawa masuk ‘twin stroller’ ke dalam lif pusat beli-belah Suria KLCC.

Aksi itu dikatakan telah mengganggu para pengunjung lain kerana terpaksa bersesak. Disebabkan kenyataan tersebut, orang ramai telah mengkritik dan mengecam individu berkenaan.

Sumber: Facebook Kheyr Hameed

Dr Say Ulas Isu Bawa Twin Stroller Dalam Lif

Susulan isu yang sedang tular, doktor selebriti, Dr Say Shazril menerusi perkongsian di laman TikTok (@say_shazril) telah tampil bersuara dan memberikan pandangannya tentang kes tersebut.

Katanya, dia mahu mengulas mengenai isu itu kerana KLCC merupakan lokasi kegemarannya bersama keluarga kerana kedudukan lif yang dikatakan strategik.

Yang kedua, Dr Say menjelaskan bahawa dia mempunyai dua orang anak yang terdiri daripada 18kg dan 12kg selain turut memiliki ‘twin stroller’.

Menurutnya, ada sebab tertentu mengapa ibu bapa memilih untuk membeli stroller jenis tersebut iaitu bagi memudahkan urusan mengawal dua orang anak sekaligus dalam satu masa yang sama.


Ibu Bapa Guna Stroller Untuk Mudahkan Urusan

Berbicara lebih lanjut mengenainya, Dr Say bersetuju dengan kenyataan lelaki itu yang berkata mendukung bayi tidak akan menyebabkan kesihatan atau nyawa ibu bapa terjejas. Malah, bayi atau si anak akan lebih suka berada dalam dakapan orang tua mereka.

Bagaimanapun, berat si anak akan menyebabkan ibu bapa cepat berasa penat dan letih ketika mengangkatnya.

“Lepas itu nak suruh orang yang ada anak ni jangan pergi ke pusat beli-belah. Masa kecik dulu, awak happy tak kalau ibu bapa bawa pergi pusat beli-belah, tengok permainan, makan dekat luar dan bergembira bersama-sama (di luar kawasan rumah)?” ujarnya.

Sumber: TikTok (@say_shazril)

Lif Selamat Digunakan Untuk Ibu Bapa Yang Bawa Stroller Anak

Tambah doktor itu lagi, ibu bapa terpaksa membawa stroller ke dalam lif walaupun dalam keadaan bersesak. Hal ini kerana lif merupakan satu-satunya fasiliti yang selamat digunakan bagi mengangkut stroller anak.

KLCC dan kebanyakan pusat beli-belah di Malaysia ni dah letak palang di antara eskalator. Sebab mereka (pihak pengurusan) pun tahu bahayanya guna stroller untuk naik eskalator.

Dr Say Shazril.
@say_shazril0

Utamakanlah Yang Memerlukan Sy tahu mungkin penulis takde anak jadi dia tak faham apa yg kita parents hadapi tapi sy rasa bukan penulis sahaja yg berpemikiran sebegini sebab rata2 kesedaran mengenai siapa yg patut diutamakan naik lif ni masih rendah. Cuma sorry la dik, hang ter-trigger bapak yg suka gi KLCC, ada banyak anak & ada twin stroller.

♬ Piano Sedih Menyentuh Hati (Instrumen) – Pianoku

Golongan Yang Perlu Diberi Keutamaan Guna Lif

Ulasnya lagi, sesetengah masyarakat masih belum sedar tentang kepentingan ibu bapa membawa stroller anak ke tempat awam. Sepatutnya, individu berada di dalam lif harus keluar dan memberi keutamaan kepada ibu bapa yang membawa stroller dahulu.

Pihak pengurusan Suria KLCC juga sudah meletakkan notis di mana orang awam perlu mendahulukan keluarga yang mempunyai anak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) bagi menggunakan fasiliti tersebut.

Sumber: Facebook Kheyr Hameed

Di akhir perkongsian itu, Dr Say sempat menasihatkan orang ramai untuk sentiasa cakna dengan keadaan sekeliling selain suruh berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.


Reaksi Netizen Terhadap Perkongsian Dr Say

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh Dr Say.

“Betul! Selfish sangat nak naik lif tu. Kami (ibu bapa) putus asa bawa twin stroller,” luah seorang warganet.

Sumber: TikTok (@say_shazril)

Sementara itu, ada juga yang berkata individu biasa yang lain siap mahu berebut dengan golongan ibu bapa untuk memasuki lif.

“Saya nak masuk lif siap kena jeling kata ‘kita yang tunggu dulu kan’. Padahal kami yang pakai stroller ni langsung tak berebut,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@say_shazril)

Semoga perkongsian kali ini membuka mata orang ramai di luar sana agar sentiasa memberikan keutamaan menggunakan lif buat golongan yang lebih memerlukan.

Kalau anda sihat walafiat dan tiada anak, gunakanlah eskalator disediakan sekiranya lif sedang sesak.

Baca Artikel Berkaitan: “Berjam Tunggu Lif Dengan Stroller!” – Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Individu Sihat Naik Lif


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd