Now Reading
David Beckham Diminta Sign Pada Beg Mewah Dior Bikin Ramai Terkedu

David Beckham Diminta Sign Pada Beg Mewah Dior Bikin Ramai Terkedu

Wanita tersebut dilihat tersenyum lebar selepas David Beckham selesai menandatangani beg Lady Dior miliknya ketika bertemu di The Exchange TRX.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, pemain bola dunia iaitu David Beckham telah menjadi tumpuan rakyat Malaysia selepas bintang terkenal ini bertemu para peminatnya di pusat membeli-belah The Exchange TRX bersempena dengan Majlis World of the Predator Exhibition dianjurkan oleh Adidas Malaysia.

Orang ramai dilihat telah memenuhi luar premis Adidas dan kawasan sekitarnya serta di tingkat bawah bagi menyaksikan sendiri Beckham di hadapan mata mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Adidas Recodes A 30-Year Icon With The Predator Pack Crafted For Goals

Lagenda bola sepak Manchaster United ini juga tidak ketinggalkan melayan para peminatnya dengan menandatangani barangan yang dihulurkan sebagai kenangan.


Wanita Minta Beckham Tandatangan Pada Beg Lady Dior

Kebanyakan peminat yang mahu meminta ‘autograph’ daripada seseorang akan memberikan barangan sama ada kertas, baju, cawan dan sebagainya.

Tetapi lain pula yang barangan yang dihulurkan oleh wanita ini kepada Beckham. Bukan biasa-biasa kerana ia adalah beg berjenama mewah iaitu Lady Dior Bag.

Perkara itu sempat dirakam dan dimuat naik di laman TikTok (@yts918) bagi menjadi bukti kepada detik bermakna buat wanita ini.

Wanita berkenaan yang turut berada di The Exchange TRX itu berjaya menghulurkan Lady Dior Bag kepada Beckham untuk ditandatangani.

Menerusi video tersebut, anda boleh melihat sendiri reaksi Beckham yang pada mulanya teragak-agak untuk menandatangani beg tersebut kerana mengetahui harganya yang agak mahal dan berjenama mewah.

Sumber: TikTok @yts918

Mungkin Beckham juga agak terkejut apabila dihulurkan beg mewah berwarna merah itu memandangkan kebanyakan peminatnya yang lain dilihat hanya memberikan baju jersey untuk ditandatangani.

Hasil pemeriksaan kami di laman web Dior mendapati bahawa harga beg Lady Dior adalah RM28,500!

Di video itu juga, wanita tersebut dilihat tersenyum lebar selepas Beckham selesai meninggalkan ‘autograph’ miliknya pada beg jenama Dior itu.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga meraih 78,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Ramai Netizen Cemburu Dengan Wanita Tersebut

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat beg Lady Dior berwarna merah milik wanita berkenaan akan mempunyai nilai yang sangat tinggi selepas ditandatangani oleh David Beckham.

Netizen turut menganggap beg berkenaan adalah sangat terhad kerana memiliki tandatangan pemain bola lagenda itu.

“Betul-betul terhad dan mahal beg Lady Dior ini,” ujar netizen.

Malah, ada juga netizen yang melihat warna merah pada beg jenama mewah itu bersesuaian dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

“Dior X CNY X Beckham,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Profil Tentang David Beckham

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham, 48, telah dilahirkan pada 2 Mei 1975 dan merupakan bekas pemain bola sepak profesional yang pernah beraksi untuk beberapa pasukan seperti Manchester United, Real Madrid, Milan dan Paris Saint-Germain.

Sumber: Instagram @davidbeckham

Penampilan pertama Beckham dalam pasukan bola sepak adalah ketika berusia 17 tahun apabila bermain untuk pasukan Manchester United.

Beckham walau bagaimanapun telah mengumumkan persaraannya dalam sukan bola sepak pada 2013 selepas 20 tahun berada dalam bidang ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd