Now Reading
Lelaki Dipuji Netizen Lepas Tolong Jentera Bomba Lalu Di Jalan Raya Ketika Kecemasan

Lelaki Dipuji Netizen Lepas Tolong Jentera Bomba Lalu Di Jalan Raya Ketika Kecemasan

Sazaril yang dipercayai seorang anggota polis trafik dilihat sedang membantu jentera bomba lalu di jalan sesak sekitar Banting, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang pemandu berhemah, anda perlulah ambil cakna tentang keadaan sekeliling ketika berada di atas jalan raya.

Salah satu perkara yang sering berlaku di atas jalan raya adalah apabila segelintir pemandu tidak memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan yang membunyikan siren atau menyalakan lampu mata arah.

Tindakan sebegitu akan menyebabkan anggota keselamatan berdepan kesukaran bagi menyelamatkan seseorang mangsa yang berada dalam kecemasan.


Lelaki ‘Turun Padang’ Beri Signal Arah Pemandu Untuk Beri Laluan Kepada Jentera Bomba

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@eklinamit), menyaksikan situasi jalan raya sekitar Banting, Selangor.

Dalam klip video berkenaan, kelihatan seorang penunggang motosikal dikenali sebagai Sazaril ‘turun’ ke jalan raya dan membantu pihak bomba dengan mengarahkan pemandu yang lain untuk ke tepi agar tidak menghalang laluan kenderaan kecemasan tersebut.

Kedengaran jentera bomba itu sedang membunyikan siren menandakan pihak mereka berada dalam situasi kecemasan.

Ketegasan lelaki tersebut bagi memastikan kesemua pengguna jalan raya di lokasi kejadian memberikan laluan telah membuahkan hasil apabila kenderaan kecemasan itu akhirnya boleh melepasi laluan itu.

Kata netizen di ruangan komen, Sazaril dipercayai seorang polis trafik.

Sumber: TikTok (@eklinamit)

Netizen Puji Tindakan Murni Lelaki Bantu Anggota Keselamatan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Sazaril atas kesungguhannya dan tidak berkira untuk menolong pegawai keselamatan itu.

“Salute untuk abang. Aku nak simpan video ni, biar orang lain pun boleh tengok sikap terpuji sebegini,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@eklinamit)

Sementara itu, ada juga yang meluahkan rasa sebak melihat aksi tersebut selain menitipkan doa buat Sazaril agar dipermudahkan urusannya.

“Tengok macam ni pun dah sebak. Semoga abang dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@eklinamit)

Selain itu, segelintir warganet turut meluahkan harapan mereka agar ramai masyarakat di luar sana akan lebih cakna tentang amalan memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan di jalan raya.

Sumber: TikTok (@eklinamit)

Pengguna Jalan Raya Perlu Beri Laluan Kepada Kenderaan Kecemasan

Sebelum ini, terdapat satu kes dilaporkan di mana seorang pengguna jalan raya yang pekak telah menghalang laluan ambulans walaupun siren telah menyala dan berbunyi.

Baca Artikel Berkaitan: “Pekak Bukan Alasan” – Kenalan Mendiang Tampil Bersuara Isu Kereta Halang Ambulans

Seperti dikongsikan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya di laman Facebook, Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah menyatakan hak memberikan laluan kepada kenderaan yang menyalakan lampu mata arah atau siren.

Sebagai seorang pengguna jalan raya yang berhemah, anda hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan agar semua urusan berjalan dengan lancar.

Menurut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan, pemandu boleh dikenakan tindakan sekiranya disabitkan kesalahan.

Apabila menghampiri apa-apa kenderaan kecemasan seperti polis, bomba atau ambulans, bunyi siren atau loceng, tatacara pemanduan mestilah ke sebelah kiri atau kanan dan berhenti bagi memudahkan laluan kenderaan kecemasan, lapor Harian Metro.

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd