Now Reading
“Iblis Ke Apa Buat Kucing Macam Tu?” – Netizen Berang Kucing Hidup Dimasukkan Dalam Bagasi

“Iblis Ke Apa Buat Kucing Macam Tu?” – Netizen Berang Kucing Hidup Dimasukkan Dalam Bagasi

Lebih menyedihkan, ada juga beberapa ekor kucing yang terkencing dan terberak ketika berada di dalam bagasi tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing adalah haiwan yang disukai dan disayangi ramai. Bila terjumpa sahaja si bulu tak kiralah di mana jua, pastinya haiwan ini akan dibelai, didukung, dicium, dan sebagainya. Ia juga kerana sifat kucing yang suci menurut agama Islam.

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Kucing Haiwan yang Suci Menurut Islam?

Comel, OK.

Pun begitu, ada juga segelintir manusia yang kurang senang dengan kehadiran si bulus ini mungkin kerana takut digigit dek kucing liar. Namun ia tidak boleh menjadi penyebab untuk seseorang itu berlaku zalim terhadap haiwan kesukaan Nabi ini.

Baca Artikel Berkaitan: “Perangai Manusia Tak Berakal” – Kucing Dicat Warna Ungu Oleh Individu Tak Berhati Perut


Kucing Hidup Dijumpai Di Dalam 3 Bagasi

Seperti kejadian tidak berhati perut yang berlaku baru-baru ini di mana orang awam telah menjumpai tiga (3) buah bagasi yang dipenuhi dengan kucing di sebuah kawasan tapak parkir pada jam 3 pagi.

Bagasi pertama yang ditemui adalah bersaiz besar dan berzip di mana empat (4) ekor kucing dewasa dan beberapa ekor anak kucing ditemui di dalamnya. Lebih menyedihkan, ada juga beberapa ekor kucing yang terkencing dan terberak ketika berada di dalam bagasi tersebut.

“Selepas lebih kurang 6 jam berasak dalam beg,” tulis pemilik video itu.

Video tular berkenaan telah dimuat naik menerusi laman X (@anthraxxx781) dan meraih pelbagai reaksi daripada netizen. Majoritinya berasa amat berang dengan apa yang diperlakukan oleh individu yang tidak berperikemanusiaan itu.

Kasihan sungguh.


Netizen Luah Rasa Berang & Sedih Atas Perkara Yang Menimpa Kucing-kucing Tak Bersalah

Kejadian tersebut tidak dinafikan telah memanggil orang ramai untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku. Mana tidaknya, kucing-kucing itu adalah haiwan yang tidak bersalah sehingga sanggup diperlakukan sebegitu rupa.

Malah, ada juga yang menyamakan manusia seperti ini bagaikan iblis.

Sumber: X
Sumber: X

Adakah Membuang Kucing Merupakan Satu Kesalahan Undang-undang Di Malaysia?

Menurut info yang dipetik daripada portal Malaysia Bersuara, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar) Datuk Dr Muhammad Safaruddin Md Dawam menjelaskan bahawa tindakan membuang atau meninggalkan kucing, walaupun dengan alasan haiwan berkenaan bukan milik mereka, adalah satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Akta sama menekankan bahawa haiwan bukan sahaja tanggungjawab tuannya, tetapi juga sesiapa yang menduduki di mana-mana premis.

Sumber: Akta Kebajikan Haiwan 2015

Di bawah tersebut, Seksyen 29(1)(p) menjelaskan bahawa meninggalkan haiwan di suatu tempat yang sehingga menyebabkan trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan atau penyakit, adalah satu kesalahan.

Seksyen 29(1)(r) pula menetapkan pemilik sama ada sengaja ataupun tidak, telah melakukan kesalahan jika membiarkan haiwan yang berpenyakit, tidak berupaya atau cedera, mati di mana-mana.

Kesalahan yang disabit di bawah seksyen berkenaan boleh dikenakan denda antara RM20,000 hingga RM100,000, dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Hukum Membuang Kucing Menurut Islam

Gambar sekadar hiasan.

Pada Disember 2023, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Kedah dan pendakwah Datuk Syeikh Faisol Haji Omar telah menjelaskan hukum membuang kucing menurut Islam. Dia menjelaskan bahawa hukum membuang kucing adalah harus sekiranya tidak membahayakan dan memusnahkan haiwan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika kucing dibuang di kawasan yang berbahaya seperti berhampiran semak-samun yang mungkin menempatkan haiwan berbisa, hukum tersebut menjadi haram.

Faisol berkata hukum membuang kucing adalah harus kerana umat Islam tidak diwajibkan memelihara kucing yang datang ke rumah. Tambahnya, lebih elok kucing dibuang berbanding diseksa. Ia adalah berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A, Rasulullah SAW bersabda iaitu:

دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ

Maksudnya: “Seorang wanita masuk ke dalam neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makanan, bahkan tidak membiarkannya memakan serangga-serangga tanah.”

Riwayat al-Bukhari (3318), dan Muslim (2242)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd