Now Reading
Rasis Ketika Layan Pelanggan, Syarikat Hartanah Berhentikan Ejen Serta-Merta

Rasis Ketika Layan Pelanggan, Syarikat Hartanah Berhentikan Ejen Serta-Merta

Susulan daripada kenyataan biadap itu, wanita tersebut meminta agar hantarannya itu ditularkan agar ejen hartanah berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui ejen hartanah kebiasaannya dicari apabila seseorang ingin membuat pembelian atau sewaan seperti tanah, rumah, atau bilik.

Malah dengan adanya ejen hartanah sebagai ‘orang tengah’ ia dapat memudahkan pelanggan termasuklah empunya hartanah untuk melakukan urusan jual beli dan sebagainya.

Namun tidak dinafikan dalam mencari ejen pastinya kadang kala kita bertemu dengan individu yang mempunyai tingkah laku yang kurang menyenangkan.

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila mendakwa seorang lelaki ejen hartanah dari sebuah syarikat hartanah mengeluarkan kenyataan berbaur rasis kepadanya.

Menerusi hantaran di laman X (Twitter) wanita berkenaan tidak dapat menerima tindakan tidak sopan ejen yang dikenali sebagai Alan sewaktu berbual menerusi aplikasi WhatsApp.


Ejen hartanah didakwa keluarkan kenyataan berbaur rasis

Dalam hantaran itu wanita berkenaan turut memuat naik tangkap layar perbualannya bersama ejen berkenaan.

Kelihatan dalam perbualan tersebut dia telah menegur Alan agar tidak terlalu sombong apabila membalas kepada pelanggan tanpa sebab yang kukuh.

Namun jawapan ejen lelaki berkenaan adalah dia tidak kisah apa yang ingin difikirkan oleh wanita terbabit. Malah dia memberitahu tidak mahu mempunyai urusan perniagaan dengan individu daripada kaum tertentu.


Minta ejen buat permohonan maaf secara terbuka

Dia kemudian menyekat pelanggan berkenaan. Mungkin berang dengan tindakan lelaki berkenaan yang dianggap kurang ajar, wanita itu kemudian berkongsi perkara tersebut di media sosial dan mahu orang ramai untuk menularkannya.

Malah dia turut meminta lelaki tersebut untuk memohon maaf secara terbuka selain tidak mahu ia turut berlaku kepada orang lain.


Syarikat hartanah berhentikan ejen keluar kenyataan berbaur rasis serta-merta

Terbaharu, syarikat hartanah IQI Global telah tampil memaklumkan Alan telah diberhentikan secara serta-merta.

“Selepas siasatan dilakukan dan pengakuan daripada Alan Chia berhubung isu berkenaan, pihak kami telah memberhentikannya berkuat kuasa serta-merta dan dia tidak lagi beperanan sebagai ejen IQI,” kata syarikat itu dalam satu hantaran di X.

Menurut syarikat itu lagi, mereka mempunyai kumpulan kakitangan dan ejen yang terdiri dapada pelbagai negara termasuk Malaysia, Filipina, India, Pakistan, China, Kemboja dan juga Kanada.

“Kami menentang sebarang perbuatan berbentuk diskriminasi dan akan mengambil tindakan tegas.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd