Now Reading
[Video] Gelagat Gadis Sabah Angkat Tong Gas Sambil Pakai Heels Buat Ramai Terhibur

[Video] Gelagat Gadis Sabah Angkat Tong Gas Sambil Pakai Heels Buat Ramai Terhibur

Gadis dikenali sebagai Gugu itu dilihat telah mengangkat satu tong gas menuruni tangga sambil memakai sepasang kasut tumit tinggi di sebuah kawasan perumahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan orang ramai khususnya para wanita memang suka untuk bergaya. Sebagai contoh dengan memakai ‘make up’, kasut tumit tinggi, memakai dress cantik dan lain-lain.

Mana tidaknya, kecantikan dan wanita itu memang tidak dapat dipisahkan. Bak kata orang, ia adalah satu kewajipan buat golongan ini.

Namun baru-baru ini, seorang gadis telah membawa aspek kecantikan ke ‘next level’ apabila dia memakai kasut tumit tinggi sambil mengangkat benda berat.


Gadis Ini Angkat Tong Gas Turun Tangga Sambil Pakai Kasut Tumit Tinggi

Tular satu perkongsian di laman TikTok (@gugu.m05) menyaksikan seorang wanita daripada Sabah dikenali sebagai Gugu mengangkat satu tong gas sambil menuruni tangga di sebuah kawasan perumahan.

Jika dilihat daripada klip video berkenaan, wanita itu telah mengangkat tong gas itu dengan bersahaja seolah-olah ia tidak berat buatnya.

Namun begitu, perkara yang menjadi tumpuan dan mencuri perhatian orang ramai adalah dia telah membawa tong berat itu sambil memakai kasut tumit tinggi. Sekali pandang, macam watak Princess Cinderella pula.

Walaupun dia hampir terjatuh di tangga berkenaan, tetapi gadis itu berjaya membawa tong gas itu ke sebuah kereta tanpa mengalami sebarang kemalangan.

Menerusi ruangan komen, gadis itu ada menjelaskan kepada para netizen bahawa tong gas yang diangkatnya itu adalah kosong.

https://www.tiktok.com/@gugu.m05/video/7319000072681721106?_d=secCgYIASAHKAESPgo814pAtDF%2BHTR0o5ebdBE%2FQHygCPn5J01zayMWjBF9d5Ssz3RmZVgXgc3gK5qvhfi2Ur5PoXxAO8d%2BDbmSGgA%3D&_r=1&checksum=4fbbe548043bd3150da853b4b1e2c958c0bec7797affb94b3814dee3c888dc3b&mid=7157202603279927298&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAMW-B14Wx0hl2ZpIgJxlBz3jaXzuiH75_1gvf6zryVqiP0ROS4jMe5KKVGagqt3bp&share_app_id=1180&share_item_id=7319000072681721106&share_link_id=408233F5-E120-4E5A-8F61-064FFB6290CD&sharer_language=en&social_share_type=0&source=h5_t&timestamp=1704406555&tt_from=copy&u_code=dgh9ml0j1f0d9j&ug_btm=b5836%2Cb2001&user_id=6919718573284426754&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy

Reaksi Netizen Lihat Gadis Angkat Tong Gas Sambil Pakai Kasut Tumit Tinggi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna dilihat terhibur dengan gelagat wanita tersebut.

“Walau apa pun keadaannya, kita kena tetap slay,” ujar seorang warganet.

Malah, ada juga yang berkata bahawa syarikat Petronas harus menjadikan hantaran itu sebagai satu iklan kerana ia memaparkan jenama tong gas tersebut.

“Petronas should have this (video) for advertisement,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada yang berkata situasi seperti itu adalah satu kebiasaan buat rakyat Sabah.

“Normal day in Sabah,” ujar seorang netizen.

Sumber: TikTok (@gugu.m05)

Walaupun senario itu melucukan, namun kami menasihatkan supaya jangan lakukan aksi sedemikian di rumah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Para Suami Berlumba Pakai Tudung Nak Menang Kontes Hiburkan Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Selamba Panjat Pagar & Curi Tong Gas Kini Ditahan Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd